Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Yishun, Potong Pasir dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat

Nov 22, 2024 | 6:40 PM
Kawasan Wan Tho Avenue dinaiki air pada 22 November. Agensi air nasional PUB  mengeluarkan amaran risiko banjir untuk sekurang-kurangnya 18 lokasi, kebanyakannya di bahagian timur dan tengah Singapura.
Kawasan Wan Tho Avenue dinaiki air pada 22 November. Agensi air nasional PUB mengeluarkan amaran risiko banjir untuk sekurang-kurangnya 18 lokasi, kebanyakannya di bahagian timur dan tengah Singapura. - Foto ZAOBAO

Banjir kilat dilaporkan berlaku di Yishun dan Potong Pasir oleh agensi air nasional PUB pada petang 22 November.

Agensi itu juga mengeluarkan lebih sedozen amaran risiko banjir di merata pulau ekoran hujan lebat pada waktu petang.

Pada 2.15 petang, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) memberi amaran bahawa hujan lebat dijangka melanda banyak kawasan di Singapura dari 2.40 petang hingga 3.40 petang.

Mulai 2.50 petang, PUB di Telegram mengeluarkan amaran risiko banjir untuk sekurang-kurangnya 18 lokasi, kebanyakannya di bahagian timur dan tengah Singapura, seperti Paya Lebar, Serangoon, Aljunied dan MacPherson.

Pada 3.10 petang, PUB berkata banjir kilat berlaku di Wan Tho Avenue di Potong Pasir, sambil menambah kemudian pada 3.20 petang bahawa banjir telah reda.

Satu lagi banjir kilat berlaku di Yishun Avenue 7, kata PUB pada 3.30 petang, dan ia dilaporkan reda 10 minit kemudian.

Pegawai PUB dikerahkan ke kedua-dua lokasi untuk menghulurkan bantuan dan orang ramai digesa supaya mengelakkan kawasan-kawasan tersebut.

Kadar hujan tertinggi yang dicatatkan pada 22 November sehingga 3 petang adalah 46.6 milimeter di Paya Lebar, menurut laman web Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS).

Suhu terendah pada 22 November adalah 23.3 darjah Celsius, yang dicatatkan pada 3.02 petang di Ang Mo Kio.

MSS, dalam ramalan dua minggunya yang dikeluarkan pada 15 November, meramalkan hujan lebat berserta petir yang kerap pada separuh kedua November seiring dengan bermulanya monsun timur laut.

Hujan, yang biasanya bermula pada sebelah petang dan kadangkala berlanjutan hingga malam, dijangka melebihi purata. Suhu mungkin turun serendah 23 darjah Celsius pada beberapa hari hujan.

Orang ramai boleh menggunakan aplikasi myENV dan melanggan saluran telegram banjir PUB untuk menerima amaran hujan lebat dan amaran risiko banjir.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg