Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Zaqy: Kadar kematian di tempat kerja merosot

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy: Kadar kematian di tempat kerja merosot

Mar 27, 2024 | 04:25 PM



Kadar kecederaan yang membawa maut di tempat kerja Singapura berkurang daripada 1.3 bagi setiap 100,000 pekerja pada 2022 kepada 0.99 bagi setiap 100,000 pekerja pada 2023.

Industri pembinaan, pengilangan serta pengangkutan dan penyimpanan merupakan tiga sektor yang tertinggi menyumbang kepada 60 peratus jumlah kecederaan parah dan maut semasa bekerja.

Demikian menurut Laporan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) 2023 yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada 27 Mac.

Kadar kecederaan parah di tempat kerja turut berkurangan kepada 16.1 bagi setiap 100,000 pekerja pada 2023, berbanding 17.3 pada 2022.

Ini bermakna bahawa bagi setiap 100,000 pekerja, terdapat kira-kira 16 pekerja yang cedera parah dan kurang daripada satu pekerja yang maut pada 2023.

Tahun 2023 merupakan tahun pertama kadar kematian di tempat kerja susut di bawah paras satu bagi setiap 100,000 pekerja, tidak termasuk ketika pandemik Covid-19.

Kadar kematian di tempat kerja yang kurang daripada satu bagi setiap 100,000 pekerja merupakan matlamat yang ditetapkan Singapura menjelang 2028, yang sebelum ini hanya dicapai secara konsisten oleh Belanda, Sweden, Jerman, dan Britain.

Namun, daripada 626 pekerja yang cedera parah dan maut di tempat kerja pada 2023, 167 daripada jumlah keseluruhan disebabkan sektor pembinaan, 155 disebabkan sektor pengilangan dan 55 kes sektor pengangkutan dan penyimpanan.

Bagi jumlah keseluruhan kecederaan di tempat kerja yang dilaporkan, terdapat 22,787 kecederaan (termasuk 22,161 kecederaan ringan di mana pekerja diberi cuti sakit atau boleh menjalankan tugas ringan) pada 2023, peningkatan 5 peratus berbanding 21,766 kecederaan pada 2022.

Kadar kecederaan keseluruhan bagaimanapun kekal stabil, dengan peningkatan kecil sebanyak 1.5 peratus daripada 614 kecederaan bagi setiap 100,000 pekerja pada 2022 kepada 623 pada 2023, lapor MOM.

Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamed, menekankan pentingnya membina budaya keselamatan dalam syarikat, dan perlunya memantau kadar kecederaan yang dialami dalam tempoh jangka panjang seperti penyakit berkaitan pekerjaan.

Bercakap semasa lawatan ke tapak syarikat logistik Nippon Express di Toh Guan Road pada 27 Mac, Encik Zaqy berkata:

“Penyakit berkaitan pekerjaan lazimnya adalah penyakit yang tidak dapat dikesan dengan serta-merta.

“Dengan peningkatan pengawasan oleh syarikat, kadar penyakit berkaitan pekerjaan yang dilapor juga telah meningkat,” tambahnya.

Terdapat 1,229 penyakit berkaitan pekerjaan yang dilaporkan pada 2023 dengan kadar 33.6 bagi setiap 100,000 pekerja, lebih tinggi berbanding 29.7 pada 2022.

Sebanyak 804 daripada jumlah keseluruhan penyakit berkaitan pekerjaan yang dilapor adalah pekak akibat bunyi bising (NID), diikuti gangguan muskuloskeletal berkaitan kerja sebanyak 340 kes dan kes yang lain disebabkan oleh penyakit seperti penyakit kulit, penyakit paru-paru dan lain-lain.

MOM akan terus mengenal pasti dan mengawas tempat kerja bising yang berisiko tinggi menyebabkan pekak akibat bunyi bising.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >