SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Zhulkarnain: Manfaatkan ciri majmuk SG perkukuh perpaduan

Zhulkarnain: Manfaatkan ciri majmuk SG perkukuh perpaduan

Feb 27, 2021 | 5:30 AM

Zhulkarnain: Manfaatkan ciri majmuk SG perkukuh perpaduan

Encik Zhulkarnain Abdul Rahim
Encik Zhulkarnain Abdul Rahim -

SINGAPURA harus memanfaatkan ciri masyarakat majmuknya kerana masyarakat yang tinggal dalam kejiranan pelbagai bangsa lebih berkemungkinan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, kata Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang)

Beliau berkata sekitaran sedemikian itu membuat penduduknya menghargai hakikat mereka sebahagian daripada sebuah masyarakat kolektif dan meluaskan jati diri mereka.

Oleh itu, beliau berbesar hati melihat Belanjawan 2021 memberi tumpuan pada usaha memperkukuh kompak sosial menerusi pelbagai usaha. Ini termasuk peluasan ComLink untuk meliputi lebih 14,000 keluarga dan sokongan lebih tinggi bagi kanak-kanak berkeperluan istimewa.

"Antara tumpuan Belanjawan kali ini ialah mempererat lagi kompak sosial negara kita. Ini tidak dapat dikecapi tanpa bantuan semua pihak masyarakat. Setiap daripada kita memainkan peranan penting," ujar beliau, yang bercakap dalam bahasa Melayu dalam perbahasan Belanjawan semalam.

Namun, Encik Zhulkarnain menarik perhatian masih ada kumpulan tertentu yang masih memerlukan lebih banyak bantuan berbanding yang lain.

Salah satu daripadanya ialah golongan bekas pesalah yang, setelah dibebaskan dari penjara, bukan berdepan stigma sosial sahaja, bahkan kesukaran mendapat dan mengekalkan pekerjaan dalam iklim ekonomi yang memang sudah mencabar.

Selain itu, belia yang terdedah kepada pandangan radikal dan usaha sengaja menyebarkan maklumat salah di serata dunia.

"Antara tumpuan Belanjawan kali ini ialah mempererat lagi kompak sosial negara kita. Ini tidak dapat dikecapi tanpa bantuan semua pihak masyarakat. Setiap daripada kita memainkan peranan penting." - Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang).

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg