Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Zon larang merokok di Orchard Road diperluas

Feb 1, 2024 | 7:50 PM
Untuk mengurangkan kesan gejala merokok secara tidak sengaja dalam kalangan orang awam yang tidak merokok, kawasan awam di Orchard Road telah ditetapkan sebagai zon dilarang merokok dan mereka yang hendak merokok hanya boleh berbuat demikian di kawasan tertentu sejak 1 Januari 2019.
Untuk mengurangkan kesan gejala merokok secara tidak sengaja dalam kalangan orang awam yang tidak merokok, kawasan awam di Orchard Road telah ditetapkan sebagai zon dilarang merokok dan mereka yang hendak merokok hanya boleh berbuat demikian di kawasan tertentu sejak 1 Januari 2019. - Foto ST

Para perokok kini berdepan dengan kawasan merokok lebih terbatas setelah Zon Dilarang Merokok (NSZ) di Orchard Road kini diperluas dan turut meliputi Taman Luncur Somerset dan kawasan di sekelilingnya, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Perubahan ini berkuat kuasa mulai 1 Februari, lapor The Straits Times (ST).

Ini juga bermakna NSZ kini meliputi tempat keluar stesen MRT Somerset berdekatan 111 Somerset dan di Exeter Road dan Killiney Road, kata NEA pada 1 Februari. 

Zon dilarang merokok di Orchard Road kini meliputi Oldham Lane sebelah Plaza Singapura, hingga kawasan di Grange Road sebelah Tanglin Mall dan Tourism Court.

“Untuk memudahkan penerapan yang lancar, NEA akan mengambil pendekatan berunsur memberi nasihat bagi dua bulan pertama – dari 1 Februari hingga 31 Mac – apabila mereka yang ditangkap merokok di kawasan diubah itu di Exeter Road dan Killiney Road akan menerima amaran lisan,” kata agensi itu.

Namun, mereka yang ditangkap melanggar peraturan berkenaan berulang kali boleh didenda sehingga $1,000.

Tindakan penguatkuasaan akan mengganti amaran lisan di kawasan zon dilarang merokok yang diperluas itu mulai 1 April, kata NEA lagi.

Satu kawasan diperuntuk bagi merokok juga telah disediakan berhampiran stesen MRT Somerset, kata NEA.

Untuk mengurangkan kesan gejala merokok secara tidak sengaja dalam kalangan orang awam yang tidak merokok, kawasan awam di Orchard Road telah ditetapkan sebagai zon dilarang merokok dan mereka yang hendak merokok hanya boleh berbuat demikian di kawasan tertentu sejak 1 Januari 2019.

Semua ruang merokok di dalam pekarangan premis makanan dan minuman runcit di dalam NSZ itu juga telah ditiadakan mulai 31 Disember 2018.

NEA berkata ia telah berhenti menerima permohonan bagi ruang merokok baru di premis makanan runcit di Singapura sejak 30 Jun 2017.

“Semua orang boleh membantu dalam memastikan penerapan yang berkesan di zon dilarang merokok di Orchard Road.

“Perokok diingatkan supaya mengamalkan tanggungjawab sosial dan bersikap timbang rasa ketika sedang merokok di tempat awam dan hanya berbuat demikian di kawasan yang dibenarkan atau kawasan yang disediakan,” kata NEA lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg