Daging masak cara 'sous vide' istimewa
Bistro Savoury turut sediakan hingga 18 jenis gelato buatan sendiri termasuk perisa ferrero rocher dan buah-buahan
Sep 13, 2015 | 05:30 AM
MEMASAK daging menggunakan kaedah sous vide adalah amalan yang biasanya digunakan dalam masakan Barat.
Kaedah sous vide yang bermaksud memasak dengan cara meletakkan bahan makanan dalam bungkusan cukup rapat, ternyata menawarkan rasa daging yang lembut dan lembap.