Lawatan ke Timur Tengah cetuskan idea buka 'bistro' makanan Arab
Pelakon veteran Junainah Jumari dan anak niaga aneka hidangan yang resipinya dihasilkan sendiri
Mar 01, 2015 | 05:30 AM
KALAU teringin makan makanan Timur Tengah, biasanya kawasan Arab Street menjadi tumpuan ramai.
Tetapi, sejak tiga minggu lalu sebuah bistro atau restoran kecil di East Village dekat Simpang Bedok telah membuka pintu kepada pelanggan yang berhasrat makan makanan ala Timur Tengah.