RESTORAN atau kedai makan yang menyediakan makanan secara bufet semakin bertambah memandangkan orang Singapura gemar menjamu selera bersama keluarga terutama di hujung minggu.
Antara restoran yang mengambil kesempatan ini ialah Penang Street Buffet yang terletak di Tingkat 5, pusat beli-belah Causeway Point.