Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSONALITI SUKAN

‘Pengembaraan’ emas jaguh sambo negara

Nazri sifatkan kejayaan menang pingat emas Sukan SEA Filipina sebagai impian menjadi nyata, kini sasar kejayaan di peringkat lebih tinggi
Jan 05, 2020 | 05:30 AM



BERDIRI di atas podium dan melihat bendera Singapura berkibaran di atas bendera negara-negara lain sambil menyanyikan lagu kebangsaan Majulah Singapura.



Itulah detik membanggakan yang telah lama atlit sukan sambo negara Nazri Sutari impikan.



Impian yang ditanam sejak usia remaja ini akhirnya menjadi kenyataan di Sukan SEA Filipina awal bulan lalu.



Nazri dalam penampilan sulungnya di temasya sukan itu, menewaskan pesaing dari Indonesia Jason Sim 10-2 untuk menggenggam pingat emas dalam kategori kombat sambo bawah 82 kilogram lelaki di Gimnasium Yayasan University Angeles di Angeles City, Filipina.



“Saya telah lama impikan detik itu... malah sejak bergiat dalam sukan lawan pedang pada usia remaja lagi. Sekarang, saya boleh katakan bahawa saya telah merasakan detik manis itu,” kongsi bekas atlit pasukan junior lawan pedang Singapura itu kepada Berita Minggu (BM) baru-baru ini.



Kejuaraan Nazri di Sukan SEA ini dianggap kejayaan cemerlangnya sepanjang 16 tahun bergelar seorang atlit.



Bekas pelajar Sekolah Menengah Tanglin ini mula bergiat dalam sukan lawan pedang sejak usia 13 tahun dan pernah menjadi anggota pasukan lawan pedang junior Singapura.



Namun, disebabkan komitmen Perkhidmatan Negara (NS), Nazri gagal mempertahankan ranking-nya dan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada “cinta pertamanya” itu sekitar tujuh tahun lalu.



Beliau kemudian menukar angin, mencuba pelbagai jenis seni mempertahankan diri – termasuk muay thai, kickboxing dan MMA.



Sekitar Jun lalu, Nazri merebut peluang bersaing dalam sambo apabila pasukan sambo nasional mengadakan sesi pemilihan bagi Sukan SEA 2019.



Menyentuh mengenai kemenangannya, Nazri, 29 tahun, menambah:



“Saya rasa sungguh emosi. Dalam fikiran saya, saya hanya ingat tentang segala kegagalan dan cabaran yang telah saya lalui untuk mencapai tahap sekarang ini.



“Perjalanan yang saya ambil ini bukanlah sesuatu yang menjadi pilihan ramai... ia begitu mencabar sekali.



“Ada ketikanya saya tertanya-tanya mengenai kemampuan saya untuk melangkah jauh dalam sukan ini... hampir-hampir juga saya mahu menyerah tetapi saya cekalkan semangat dan teruskan perjuangan.



Tanpa meletakkan harapan tinggi, atlit sepenuh masa itu tampil di gelanggang Sukan SEA dengan tujuan mencakup sebanyak mungkin pengalaman beraksi di peringkat lebih tinggi.



Namun, tanpa disangka, dalam banyakbanyak sukan yang telah diceburinya, sambo berjaya menghasilkan kemenangan terbesar dalam kerjaya atlitnya.



“Sejujurnya, saya tidak mengharapkan apa-apa daripada sambo. Matlamat saya setiap kali memasuki gelanggang pertandingan ialah memberikan 110 peratus.



“Saya beraksi sebaik mana yang mungkin dan tinggalkan segalanya di sana tanpa sebarang kesesalan. Menang atau kalah bukan dalam kawalan saya,” ujarnya yang juga seorang jurulatih MMA.



Lebih manis lagi, kemenangan Nazri itu mencipta sejarah memberikan Singapura pingat emas pertamanya dalam sukan sambo – seni mempertahankan diri asal Russia – di Sukan SEA.



Sambo antara sembilan sukan yang membuat penampilan sulung di Sukan SEA Filipina tahun lalu – termasuk breaking (sukan tarian), e-sukan, bola tangan pantai, jiu-jitsu, kurash, papan lungsur, papan luncur dan hoki dalam air.



“Saya tidak tahu bagaimana nak gambarkan pencapaian ini sebab ia tidak pernah dilakukan siapa-siapa. Tetapi, ia sangat luar biasa. Saya rasa seperti Neil Armstrong, orang pertama yang menjejakkan kaki ke bulan,” katanya lagi.



Berbanding atlit lain yang menempah nama mereka di kalangan usia awal 20-an tahun, Nazri boleh dianggap mengambil masa sedikit lama untuk berada di puncak kecemerlangan.



Meskipun itu, beliau percaya pencapaian pingat emas itu tiba tepat pada waktunya.



“Secara fizikal, saya mungkin telah mencapai tahap kematangan pada awal usia saya tetapi secara mental, saya belum lagi bersedia. Selepas lalui pelbagai kegagalan dan cabaran itu, saya rasa pencapaian ini tiba tepat pada waktunya... pada usia saya sekarang,” jelasnya.



“Saya kini di tahap di mana saya masih memuncak. Saya di tahap terbaik kecergasan. Saya rasa saya di landasan yang tepat untuk mencapai lebih banyak kejayaan lagi.”



Setelah menakluki Asia Tenggara, Nazri – juara kategori tendang rendah senior bawah 81 kilogram di Kejohanan Kickboxing Singapura pada Mac lalu sebelum meraih ranking nombor ke-17 dunia selepas bersaing di Kejohanan Kickboxing Dunia (Senior) pada Oktober lalu – sasar untuk mencabar dirinya di tahap seterusnya iaitu di peringkat Asia.



Akur tahap ini merupakan satu lonjatan besar baginya, Nazri namun kekal positif mengenai cabaran yang menanti di hadapan.



“Kejohanan di peringkat Asia mungkin lima kali ganda lebih sukar berbanding di Sukan SEA. Tetapi, saya ingin sahut cabaran itu. Matlamat saya dalam hidup, sebagai seorang atlit, ialah untuk bersaing di tahap tertinggi yang mungkin,” tambah Nazri.



Beliau kini giat berlatih bagi Kejohanan Sambo Asia pada Jun ini dan Kejohanan Kickboxing Asia pada Oktober nanti.



Ditanya wartawan bagaimana beliau menggambarkan pengalamannya sepanjang tahun 2019, anak kedua dalam keluarga empat beradik itu tersenyum sambil berkata:



“Ia satu penggembaraan seumur hidup!”




Saya tidak tahu bagaimana nak gambarkan pencapaian ini sebab ia tidak pernah dilakukan siapa-siapa. Tetapi, ia sangat luar biasa. Saya rasa seperti Neil Armstrong, orang pertama yang menjejakkan kaki ke bulan... Kejohanan di peringkat Asia mungkin lima kali ganda lebih sukar berbanding di Sukan SEA. Tetapi, saya ingin sahut cabaran itu. Matlamat saya dalam hidup, sebagai seorang atlit, ialah untuk bersaing di tahap tertinggi yang mungkin.
– Jaguh sambo negara, Nazri Sutari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >