Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

128 atlet pelajar Sekolah Sukan Singapura akan beraksi di Sukan SEA 2025

Nov 12, 2025 | 9:06 PM
Seramai 128 atlet pelajar Sekolah Sukan Singapura (SSS), termasuk bekas atlet pelajar, akan mewakili negara di Sukan SEA ke-33 yang bakal berlangsung di Thailand pada 9 hingga 20 Disember. Bergambar bersama 53 atlet yang hadir di Majlis Penghantaran Kontinjen Sukan SEA ke-33 yang diadakan pada 12 November di SSS ialah pemimpin kontinjen pasukan negara bagi temasya Sukan SEA 2025, Encik Lawrence Leow (baris depan, sembilan dari kanan) dan pengetua SSS, Encik Ong Kim Soon (baris depan, lapan dari kanan).
Seramai 128 atlet pelajar Sekolah Sukan Singapura (SSS), termasuk bekas atlet pelajar, akan mewakili negara di Sukan SEA ke-33 yang bakal berlangsung di Thailand pada 9 hingga 20 Disember. Bergambar bersama 53 atlet yang hadir di Majlis Penghantaran Kontinjen Sukan SEA ke-33 yang diadakan pada 12 November di SSS ialah pemimpin kontinjen pasukan negara bagi temasya Sukan SEA 2025, Encik Lawrence Leow (baris depan, sembilan dari kanan) dan pengetua SSS, Encik Ong Kim Soon (baris depan, lapan dari kanan). - Foto BH oleh KHALID BABA

Seramai 128 atlet pelajar Sekolah Sukan Singapura (SSS), termasuk bekas atlet pelajar, akan mewakili negara di Sukan SEA ke-33 yang bakal berlangsung di Thailand pada 9 hingga 20 Disember.

Seramai 67 daripada kumpulan atlet itu akan membuat penampilan sulung, setelah berlatih bersungguh-sungguh untuk melayakkan diri menyertai kontinjen Pasukan Singapura.

Lebih separuh daripada 128 atlet itu turut merupakan pelajar semasa atau lulusan yang menamatkan pengajian daripada SSS dalam tempoh dua tahun lalu.

Usaha dan perjalanan mereka diraikan dalam Majlis Penghantaran Kontinjen Sukan SEA ke-33 yang diadakan pada 12 November di SSS.

Sekitar 53 atlet yang hadir di majlis itu melafazkan ikrar atlet, dan juga menerima maskot rasmi sekolah, Raw, dan poster khas dengan gambar mereka sendiri.

Berucap di majlis itu, Pengetua SSS, Encik Ong Kim Soon, meraikan semangat dan pengorbanan atlet baru, veteran dan juga mereka yang beralih sukan bagi Sukan SEA 2025.

“Setiap daripada anda mempunyai kisah yang mengharukan… Anda memiliki keistimewaan luar biasa dalam memberi inspirasi dan menyatukan rakyat Singapura melalui sukan,” katanya.

Turut berucap di majlis selaku tetamu terhormat ialah pemimpin kontinjen pasukan negara bagi temasya Sukan SEA 2025, Encik Lawrence Leow.

Menurut Encik Leow:

“Di sebalik setiap atlet, terdapat rangkaian individu yang menjadikan perjalanan ini satu kenyataan.

“Jurulatih membimbing, pegawai merancang, ibu bapa memberi sokongan tanpa jemu, dan rakan-rakan setia berdiri di sisi melalui pelbagai pengorbanan.”

Majlis itu turut dihadiri oleh penolong pemimpin kontinjen pasukan negara Sukan SEA 2025, Cik Wang Shao-Ing; Setiausaha Agung Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura, Encik Mark Chay; ahli Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Institut Sukan Prestasi Tinggi (HPSI) dan Persatuan Sukan Negara (NSA).

Antara atlet yang diiktiraf ialah Azfar Luqman Ong, 19 tahun, yang akan membuat penampilan sulung di pentas Sukan SEA 2025 bagi sukan lawan pedang.

Beliau terus cemerlang walaupun ada disleksia dan dispraksia ringan, yang menyebabkan beliau memerlukan lebih masa untuk mengasah teknik lawan pedang.

Pesilat, Rifqah Mursyidah Mistam, 18 tahun, juga akan membuat penampilan sulungnya di Sukan SEA 2025 setelah beraksi dalam sukan itu hampir sedekad.

Pada penampilan sulungnya di Sukan SEA 2025, Rifqah menyasarkan tempat tiga teratas, dengan impian jangka panjang untuk beraksi di acara pencak silat Olimpik pertama yang disasarkan pada tahun 2036.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg