Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2024: 5 detik penting atlet negara

Kejayaan termasuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024, menerima kelahiran anak kedua
Dec 31, 2024 | 2:48 PM
Shawal Anuar (kiri) telah menjaringkan sebanyak 4 gol untuk pasukan Singa dalam Piala AFF Mitsubishi Electric 2024.
Shawal Anuar (kiri) telah menjaringkan sebanyak 4 gol untuk pasukan Singa dalam Piala AFF Mitsubishi Electric 2024. - Foto ZAOBAO

Tahun 2024 telah berlalu dan atlet Singapura mengimbas kembali beberapa detik yang tidak dapat dilupakan mereka.

Pemain bola sepak nasional dan anggota kelab Lion City Sailors, Shawal Anwar berkongsi bahawa kelahiran anak keduanya memberi beliau motivasi untuk bekerja keras pada 2024.

Berkongsi dengan The Straits Times (ST), Shawal berkata:

“Ia bukan mudah untuk memasuki 2024 kerana saya sering berada di bangku simpanan pada separuh masa kedua 2023.

“Ia mengecewakan kerana saya tahu kualiti saya dan apa yang boleh saya mampu lakukan di bahagian ketiga penyerang.

“Kelahiran anak lelaki kedua saya Shazayn Rizqi pada bulan Jun memberi saya motivasi tambahan, kerana saya sudah 33 tahun dan saya tidak tahu berapa lama lagi saya boleh bermain di peringkat ini.

“Jadi, saya teruskan bermain yang terbaik dan cuba mencipta seberapa banyak kenangan untuk diri saya sendiri.

“Tetapi saya terus berusaha keras, percaya pada diri sendiri, dan memberi yang terbaik apabila saya mendapat peluang. Ia telah membuahkan hasil, dengan jurulatih saya (Aleksandar Rankovic) mengatakan bahawa saya kini seorang MVP (Pemain Paling Berharga).”

Bagi pelari pecut Singapura, Shanti Pereira, yang memegang rekod kebangsaan bagi acara 400 meter (m) dengan catatan masa 53.67 saat, beliau mengimbas kembali detik layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Shanti berkongsi bahawa ketika melawat Amsterdam dan berjumpa kawan baiknya, Gladys, beliau telah melahirkan kekecewaan pergi ke Sukan Olimpik kerana tidak berada dalam keadaan terbaik selepas kembali dari kecederaan.

“Namun selepas merungut, dia memandang saya dan berkata: “Anda tahu anda akan ke Sukan Olimpik, bukan? Lihatlah semua perkara menakjubkan yang telah anda lakukan dan kesan yang telah anda tinggalkan. Dan lihat kehidupan anda!”

“Kata-kata kawan saya mengingatkan saya bahawa dalam masa-masa seperti ini, kita mungkin berasa kehilangan, namun apablia kita lihat kembali – kita menyedari bahawa ini adalah kehidupan yang kita impikan suatu ketika dahulu.

“Itu adalah sesuatu yang patut disyukuri,” tambah Shanti.

Atlet negara, Yip Pin Xiu, selepas memenangi dua pingat emas dalam sukan para-renang kuak lentang 50m dan 100m di Paralimpik 2024, berkata:

“Apa yang cukup bermakna bagi saya, ialah mempunyai ramai orang yang mengikuti saya dalam perjalanan ini, memberi saya semangat dari tempat penonton di Paralimpik.

“Berbanding dengan Sukan Tokyo (pada tahun 2021), ia sangat sunyi akibat wabak (Covid) jadi tidak ada sesiapa yang memberi sorakan di tempat penonton. Di Paris, semua orang yang melihat saya sepanjang perjalanan ini turut berada di sana.

“Saya telah lima kali ke Paralimpik itu tetapi ini adalah kali pertama abang menjadi penonton, dan saya rasa itu adalah pengalaman yang luar biasa bagi saya, yang saya fikir memberi inspirasi kepada saya untuk mencapai rekod dua emas ini.”

Soh Rui Yong, pelari jarak jauh Singapura pula berkata:

“Pencapaian terbesar saya ialah pencapaian salah seorang atlet saya, Joshua Mitchell dari Britian.

“Joshua berlatih dengan Battersea Bandits, pasukan larian amatur yang saya tubuhkan di London. Dia meninggalkan sekolah untuk menjaga ibu apabila ibunya menghidap barah, yang malangnya meninggal dunia. Ini memberi kesan yang besar kepada Josh.

“Pasukan pertama yang disertainya mempunyai program latihan yang sangat berat, lalu membawa kepada pelbagai kecederaan dan mencetuskan kebimbangan sehingga dia tidak dapat menamatkan perlumbaan.

“Namun, saya beri beliau keyakinan untuk bekerjasama dengan saya dan secara beransur-ansur, kami membina semula keyakinannya.

“Matlamat utamanya ialah separuh maraton(di bawah 67 minit) dan maraton (di bawah 2 jam 20 minit) yang baik.”

Soh turut menghadiri separuh maraton Cambridge yang disertai Joshua untuk menyokongnya. Lariannya yang konsisten dan kejayaan menamatkan larian dalam masa 66 minit 53 saat adalah detik penuh emosi untuk mereka berdua.

“Dia baru-baru ini berlari 2:17:11 di Marathon Valencia dan melalui larian, dia mengatasi kemurungan dan membina keyakinan,” tambah Soh.

Pemain badminton negara, Loh Kean Yew, selepas mara ke peringkat Suku Akhir Sukan Olimpik 2024 pula berkata:

“Menonton Viktor Axelsen dari Denmark, Lee Yang dan Wang Chi-lin dari Taipei, dan Zheng Siwei dan Huang Yaqiong dari China, bermain di pusingan akhir Olimpik berturut-turut dan merenung perjalanan mereka dari Tokyo 2020 ke Paris 2024.

“Mereka punyai latar belakang yang berbeza – Viktor dan gandingan Taiwan itu adalah juara bertahan namun Viktor adalah pilihan utama dengan beregu lelaki adalah ‘underdog’.

“Beregu campuran dari China pula mahu menebus kekalahan pada perlawanan akhir sebelumnya. Kedua-dua pasangan beregu itu juga bermain dalam Olimpik terakhir mereka bersama-sama.

“Selepas tiga tahun, mereka berjaya mara ke peringkat akhir Olimpik sekali lagi, yang menunjukkan betapa konsistennya mereka. Tetapi di sebalik tekanan besar yang mereka hadapi, mereka berjaya mengawalnya dan memenangi emas.

“Terdapat begitu banyak yang perlu dipelajari daripada mereka dalam perjalanan badminton saya sendiri, bagaimana untuk terus melalui pasang surut, dan terus tabah dan bekerja keras untuk mencapai apa yang dirancangkan.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg