Kedudukan: Keempat
Paolini bukan lagi seorang ‘underdog’ iaitu peserta bukan pilihan – yang dikatakan mempunyai peluang nipis untuk berjaya untuk menang, selepas musim cemerlangnya pada 2024.
Pada 2024, pemain berusia 29 tahun dari Tuscany itu menjadi naib juara di Terbuka Perancis dan Wimbledon, dan turut memenangi pingat emas dalam kategori tenis beregu di Sukan Olimpik Paris.
Setelah menamatkan 2024 dengan kejuaraan Piala Billie Jean King bersama Italy, Paolini berharap dapat menyaksikan peningkatan berbanding apabila beliau tersingkir pada pusingan keempat.
Beliau kembali ke Melbourne Park dengan kedudukan tertinggi dalam kerjaya di tempat keempat di dunia.
Paolini, yang mempunyai gaya permainan agresif dan bergantung pada pukulan yang kuat untuk menewaskan lawan, tidak bermain dalam gelanggang kejohanan yang keras sehingga beliau berusia remaja.
Namun, kedua-dua gelaran perseorangan Persatuan Tenis Wanita (WTA)-nya adalah di permukaan keras.
Walaupun dirundung rasa kecewa, Paolini perlu melakukan lebih baik daripada kekalahan suku akhir Piala United 6-2 6-2 kepada pemain Czech, Karolina Muchova, untuk menjadi wanita Italy pertama memenangi Terbuka Australia.
Kedudukan: Keenam
Rybakina sedang berusaha menambah gelaran Grand Slam kedua kepada kabinet trofinya selepas kemenangan Wimbledon pada 2022.
Warga Kazakhstan kelahiran Russia itu tewas kepada pemain nombor satu dunia, Aryna Sabalenka, di final Terbuka Australia 2023.
Kini, beliau mendapatkan khidmat, Goran Ivanisevic, bekas jurulatih Novak Djokovic, sebagai jurulatihnya bagi musim 2025.
Walaupun mutu Rybakina tidak diragui, pemain berusia 25 tahun itu terlepas beberapa kejohanan 2024, termasuk Sukan Olimpik Paris dan Terbuka AS, kerana sakit dan kecederaan.
Namun, beliau telah membantu Kazakhstan mara ke separuh akhir Piala United sebelum tewas kepada juara Grand Slam lima kali, Iga Swiatek, dari Poland.
Kedudukan: Ketujuh
Pegula masih mencari kejuaraan Grand Slam yang sukar dicapainya selepas hampir terlepas kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat pada 2024 apabila pemain berusia 30 tahun itu tewas kepada pemenang tiga kali, Sabalenka.
Walaupun terdapat banyak perkara positif boleh diambil daripada final Grand Slam perseorangan sulungnya, Pegula menghadapi cabaran bagi Terbuka Australia kerana menghadapi kecederaan lutut yang memaksanya keluar daripada kejohanan ‘tune-up’ di Brisbane.
Jika dapat mengatasi cabaran itu, Pegula akan bersedia melangkah jauh di Melbourne Park.
Beliau telah mencapai tiga suku akhir berturut-turut dari 2021 hingga 2023.
Kekuatan Pegula di gelanggang keras boleh memberinya peluang dan membantunya menimbulkan cabaran seperti yang dilakukannya di Flushing Meadows ketika bertemu pemain nombor dua dunia, Iga Swiatek, pada suku akhir.
Kedudukan: tempat ke-50
Sejak kembali beraksi selepas berehat selama 15 bulan pada Januari 2024, juara Grand Slam empat kali berusia 27 tahun itu berhempas pulas untuk mengembalikan prestasi yang melayakkannya merangkul gelaran Terbuka Australia pada 2019 dan 2021.
Osaka, yang terkeluar daripada pusingan pembukaan Terbuka Australia pada 2024, berada dalam prestasi baik sebelum memburu gelaran pertama dalam tempoh empat tahun.
Namun, perjalanannya di Auckland Classic berakhir dengan kesedihan.
Beliau terpaksa bersara daripada perlawanan akhir kerana kecederaan perut, namun tetap optimis untuk bermain di Terbuka Australia.
Bekas pemain nombor satu dunia itu, yang menentang Swiatek di Terbuka Perancis pada 2024, beraksi dengan servis yang kuat dan permainan agresif dan ini menjadikan pemain Jepun itu berbahaya.
Osaka berkata beliau kini bekerja lebih keras daripada yang pernah dilakukan sebelum ini.
“Saya rasa saya sedang berkembang dan belajar dan saya sangat teruja untuk tahun ini (2025),” kata beliau.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg