Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4 persaingan sengit dinantikan di kolam renang Olimpik Paris

Jul 24, 2024 | 5:30 AM
Gambar menunjukkan Menara Eiffel sewaktu ujian menjelang pembukaan Sukan Olimpik Paris.
Gambar menunjukkan Menara Eiffel sewaktu ujian menjelang pembukaan Sukan Olimpik Paris. - Foto AFP

Pertandingan renang merupakan antara pertandingan yang paling dinanti-nantikan di setiap Sukan Olimpik dan temasya di Paris kali ini tidak terkecuali.

Semuanya bermula pada 27 Julai – apabila Adam Peaty dari Britain memulakan misinya untuk meraih emas Olimpik ketiga berturut-turut.

Pertarungan itu adalah salah satu daripada lima perlumbaan yang bakal menarik perhatian di Perancis nanti.

Adakah Qin akan menyekat Peaty?

Pertandingan 100m kuak dada boleh menampilkan pertarungan antara juara dan atlet muda.

Peaty ialah perenang kuak dada pecut terhebat dalam sejarah, setelah mencatat rekod renangan terpantas sebanyak 14 kali dan memenangi emas pada dua Sukan Olimpik yang lalu.

Adam Peaty memikul harapan emas bagi Britain.
Adam Peaty memikul harapan emas bagi Britain. - Foto INSTAGRAM ADAM PEATY.

Kemenangan di Paris akan melengkapkan kemenangan yang diberi gelaran ‘Three Peat’ dan bermakna perenang berusia 29 tahun itu menyertai Michael Phelps sebagai satu-satunya atlet lelaki yang memenangi tiga emas berturut-turut dalam acara yang sama di Sukan Olimpik.

Tetapi, setelah tidak tewas selama lapan tahun, Peaty bergelut dengan persembahan yang merosot sejak Olimpik Tokyo. Dalam ketiadaannya, bintang baru muncul – Qin Haiyang dari China.

Qin Haiyang bertekad menampilkan kecemerlangan beliau di kolam renang.
Qin Haiyang bertekad menampilkan kecemerlangan beliau di kolam renang. - Foto INSTAGRAM QIN HAIYANG.

Qin menang emas di Kejohanan Dunia tahun lalu dan melakukannya dalam masa 57.69 saat, menjadikannya atlet lelaki kedua terpantas dalam sejarah di belakang Peaty. Peaty tidak mencatatkan masa secepat itu sejak Sukan Olimpik Tokyo.

Bolehkah beliau menyemarakkan semula tenaganya yang kian menurun? Atau adakah juara baru akan dinobatkan?

Ledecky lawan Titmus lawan McIntosh – tiga terpantas sepanjang zaman

Acara 400 meter gaya bebas wanita menjanjikan acara epik, menampilkan tiga perenang terpantas dalam sejarah.

Salah seorang daripada mereka ialah perenang hebat Amerika Katie Ledecky, yang memenangi acara itu pada 2016 dan memerlukan dua emas di Paris untuk menjadi perenang wanita paling berjaya dalam sejarah.

Katie Ledecky memburu dua pingat emas di Paris.
Katie Ledecky memburu dua pingat emas di Paris. - Foto AFP

Namun, persaingan yang sukar akan datang daripada pesaing lama dan baru.

Ariarne Titmus dari Australia mengatasi Ledecky untuk memenangi emas di Tokyo dan muncul dengan mencatatkan masa kedua terpantas bulan lalu.

Ariarne Titmus merupakan juara bertahan selepas memenangi pingat emas di Tokyo.
Ariarne Titmus merupakan juara bertahan selepas memenangi pingat emas di Tokyo. - Foto AFP

Kemudian Summer McIntosh, 17 tahun, perenang Canada dijangka menjadi antara bintang Sukan tersebut.

Beliau memecahkan rekod dunia Titmus pada Mac tahun lalu, sementara Titmus berenang lebih pantas apabila menewaskan Ledecky pada Kejohanan Dunia tahun lepas.

Pada usia 17 tahun, Summer McIntosh sudah pun digambarkan sebagai bintang sukan renang.
Pada usia 17 tahun, Summer McIntosh sudah pun digambarkan sebagai bintang sukan renang. - Foto INSTAGRAM SUMMER MCINTOSH.

Ia adalah satu perlumbaaan yang sukar diduga

Bolehkah Scott sekat kemaraan muka baru Marchand?

Mana-mana perlumbaan yang melibatkan Leon Marchand tidak boleh dilepaskan.

Bintang Perancis itu adalah kebanggaan negaranya, yang menjadi tuan rumah pesta Olimpik kali ini.

Perenang Perancis Leon Marchand menjadi harapan tanah airnya di Sukan Olimpik di Paris.
Perenang Perancis Leon Marchand menjadi harapan tanah airnya di Sukan Olimpik di Paris. - Foto AFP

Beliau telah pun diberi julukan sebagai pengganti Phelps.

Setelah dibimbing oleh bekas jurulatih Phelps, Bob Bowman, Marchand memecahkan rekod dunia terakhir legenda Amerika itu.

Marchand akan menentang warga Britain Scott dan Dean, yang memenangi perak dan gangsa pada Kejohanan Dunia tahun lalu di belakang Marchand.

Bolehkah salah seorang daripada mereka menghalangnya?

Perenang wanita bertaraf dunia

Acara 200 meter medley wanita juga akan menarik perhatian.

McIntosh dari Canada, juara Olimpik tiga kali Australia Kaylee McKeown dan perenang Amerika Kate Douglass dan Alex Walsh sepatutnya bersaing dalam perlawanan akhir peringkat umur di Kejohanan Dunia 2023. Namun McIntosh menarik diri untuk memberi tumpuan kepada acara lain.

Juara Olimpik tiga kali Australia, Kaylee McKeown.
Juara Olimpik tiga kali Australia, Kaylee McKeown. - Foto INSTAGRAM KAYLEE MCKEOWN.
Perenang sensasi Amerika, Kate Douglass.
Perenang sensasi Amerika, Kate Douglass. - Foto INSTAGRAM KATE DOUGLASS
Perenang Amerika, Alex Walsh.
Perenang Amerika, Alex Walsh. - Foto INSTAGRAM ALEX WALSH.

Justeru, Paris akan melihat persaingan sengit yang telah dinanti-nanti para penyokong sukan renang.

Hanya 0.5 saat memisahkan masa terbaik masing-masing dalam beberapa tahun kebelakangan ini

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg