Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

5 pemain baru jadi tumpuan

May 09, 2024 | 03:26 PM



Musim baru, pemain pun baru.

Menjelang musim 2024-25 Liga Perdana Singapura pada 10 Mei, Berita Harian menyenaraikan lima pemain baru yang dapat memperkukuhkan skuad pasukan dan bakal menyinari satu-satunya liga profesional setempat ini.



Bart Ramselaar (Lion City Sailors)

Ramselaar, 27 tahun, menyertai Sailors dari kelab liga tertinggi Belanda Eredivisie, FC Utrecht pada yuran pemindahan yang dilaporkan bernilai 1.5 juta pound ($2.2 juta), dengan kontraknya dijangka berakhir sehingga akhir kempen 2025-26. Pemain tengah serangan itu, yang juga boleh dikerahkan di bahagian sayap, pernah menyarung jersi PSV Eindhoven, memenangi trofi kejuaraan Eredivisie pada musim 2017-18 dan beraksi dalam Liga Juara-Juara bersama kelab tersebut. Di peringkat antarabangsa, beliau telah membuat tiga penampilan untuk Belanda, bermain bersama Virgil van Dijk, Wesley Sneijder, Georginio Wijnaldum dan Arjen Robben.

Yojiro Takahagi (Albirex Niigata)

Takahagi, 37 tahun, tiba di Singapura selepas berpindah dari kelab liga divisyen dua Jepun, Liga J2, Tochigi SC ke Albirex Niigata. Pemain Jepun serba boleh itu, yang dapat diturunkan di bahagian tengah dan serangan, telah menghabiskan sebahagian besar kerjaya profesionalnya di kelab Liga J1, Sanfrecce Hiroshima dan FC Tokyo. Beliau juga kerap mengembangkan sayapnya ke luar negara dengan tempoh beraksi bersama pasukan Australia, Western Sydney Wanderers, yang bermain dalam Liga-A, dan kelab Liga-K Korea, FC Seoul. Beliau pernah menyarung jersi pasukan nasional Jepun sebanyak tiga kali.


Alen Kozar (Balestier Khalsa)

Kozar, 29 tahun, ialah pemain tengah dari Slovenia. Beliau keluar daripada zon selesanya pada musim ini apabila membuat perjalanan sejauh 10,000 kilometer untuk bermain di Singapura bersama Balestier. Beliau hanya pernah menyarung jersi dari dua kelab, iaitu Aluminij dan Mura, di Slovenia. Sebahagian besar kerjayanya adalah di Mura dari 2015 hingga 2023, yang mana kelab itu bangkit daripada beraksi dalam liga ketiga Slovenia ke Prva liga, liga tertinggi Slovenia. Beliau telah menjaringkan 21 gol dalam 152 penampilan untuk kelab itu. 

Thitipat Ekarunpong (BG Tampines Rovers)

Ekarunpong, 18 tahun, telah dipinjamkan dari BG Pathum United kepada BG Tampines bersama rakan sepasukan dan rakan senegaranya, Thanet Suknate. Kedua-dua kelab itu menandatangani perkongsian yang akan menyaksikan pemain dipindahkan antara satu kelab ke satu kelab yang lain, sebagai tambahan kepada pelbagai insentif dan manfaat. Warga Thailand itu pernah diturunkan sekali untuk BG Pathum dalam Liga 1 Thai. Penyerang itu sudah pun menemui sasaran untuk BG Tampines semasa kejohanan sementara pramusim.

Salif Cisse (Tanjong Pagar United)

Cisse, 31 tahun, ialah penyerang dari Perancis. Beliau telah bermain bagi beberapa kelab divisyen lebih rendah Perancis seperti Le Mans, Limoges, Belfort dan Granville. Beliau turut mengembara ke liga luar negara termasuk menyertai Tsarsko Selo dalam liga teratas Bulgaria dan FC Hegelmann di A Lyga, liga tertinggi Lithuania. Tanjong Pagar ialah kelab Asia pertama Cisse, yang membesar dengan adik-beradik yang juga pemain bola sepak profesional, Kalifa dan Ibrahima.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >