Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain baru Lion City Sailors, Bart Ramselaar, mahu bantu rebut piala SPL

Mar 04, 2024 | 08:24 PM



Wajahnya mirip watak kartun, Bart Simpson. Dan, sama seperti watak kartun itu, langkah kelab Lion City Sailors (LCS) menandatangani pemain, Bart Ramselaar, memaparkan peribadi pemain itu yang tampak berani.

Apabila ditanya apa yang meyakinkannya untuk bermain di luar negara buat kali pertama, pemain pasukan Belanda berusia 27 tahun itu bergurau: “Durian!”

Sejak beliau tiba di Singapura pada Februari dengan bayaran yang dikatakan sekitar 1.5 juta euro ($2.2 juta), Ramselaar terus berusaha menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya di Singapura, lapor The Straits Times (ST).


“Saya dibawa ke restoran Indonesia di mana kami boleh mencuba lauk dengan tahap kepedasan daripada satu hingga 10.

“Saya tidak makan makanan pedas, jadi saya pilih angka dua, dan itu pun sudah sangat pedas,” ujar beliau.

“Saya juga banyak mendengar tentang durian. Saya melihatnya di Chinatown buat kali pertama. Ramai yang makan (durian) dengan sarung tangan dan pada saya, baunya tidak menyenangkan. Tetapi saya ingin tahu rasanya, jadi saya perlu cuba sekali. Asalkan jangan bawa ke dalam MRT, betul?”

Ramselaar dibesarkan di Amersfoort, sebuah bandar di Utrecht yang hanya mempunyai 160,000 penduduk.

Beliau rajin bermain bola sepak selepas sekolah, menggelecek dan menjaringkan gol sambil membayangkan dirinya sebagai bekas penyerang Barcelona dan Brazil, Ronaldinho.

“Saya dan abang saya sering bermain bola dan bergaduh. Kami mahu menjadi yang lebih baik. Akhirnya saya yang lebih baik,” katanya sambil ketawa.

Ramselaar berusia 14 tahun ketika beliau diterima menyertai akademi remaja FC Utrecht, dan 18 tahun ketika beliau membuat penampilan sulung dalam liga Eredivisie untuk kelab di bawah pengurus Manchester United ketika ini, Erik ten Hag, dengan keputusan seri 0-0 menentang Feyenoord.

Hampir 50 perlawanan dan 10 gol kemudian, beliau ditandatangani oleh PSV Eindhoven, sebuah kelab terkemuka di Belanda, dengan bayaran 5 juta euro pada 2016, dan muncul buat kali pertama dalam pasukan kebangsaan Belanda.

Kerjaya bola sepaknya terus meningkat maju apabila beliau memenangi kedudukan Eredivisie pada 2018 di bawah jurulatih Phillip Cocu.

“Bermain untuk pasukan kebangsaan adalah yang kedua (paling saya minati) selepas menjadi juara Belanda.

“Peluang bermain bersama pemain terkenal seperti Arjen Robben dan Wesley Sneijder, melihat kebolehan mereka dan berjabat tangan dengan mereka, bersarapan dan makan tengah hari serta berlatih bersama mereka, adalah satu impian menjadi nyata bagi seorang pemain berusia 20 tahun,” ujarnya.

Bersama Pemain Terbaik Tahun semasa Maxime Lestienne, pemain pertahanan Piala Dunia Australia Bailey Wright, bekas pemain antarabangsa Croatia Toni Datkovic, bekas pemain belia antarabangsa Portugal Rui Pires, bekas pemain antarabangsa Belanda Richairo Zivkovic dan pemain lain – Lion City Sailors menjadi pilihan ramai untuk memenangi piala Liga Perdana Singapura (SPL) yang bermula pada Mei.

“Kami mahu memenangi liga dan mempertahankan Piala Singapura. Kami mahu bersaing dengan lebih baik dalam Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2, berbanding prestasi kami sebelum ini,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >