Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

5 pengurus dipecat sejauh ini; terbaru ialah bos Aston Villa

Nov 10, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Hanya selepas 11 perlawanan musim baru ini tetapi lima pengurus telah pun dipecat oleh kelab Liga Perdana England (EPL), dengan tiga pengurus 'gugur' dalam tempoh seminggu yang lalu.



Pengurus terkini yang dipecat ialah bos Aston Villa, Dean Smith.



Ini bermakna lebih ramai pengurus telah kehilangan kerja masing-masing dalam liga unggul di England pada musim ini berbanding keseluruhan musim 2020-21.



Malah, ini adalah bilangan pengurus yang kehilangan kerja tertinggi di peringkat musim ini, dalam tempoh 17 tahun, menurut laporan BBC.



Menurut BBC, perkembangan ini dipengaruhi kehadiran semula penonton di stadium, tekanan kewangan dan pemilik kelab EPL yang cepat 'cemas' akibat kebimbangan melihat kelab tersingkir dari EPL.



Sebanyak 25 peratus kelab EPL pada musim ini telah kehilangan pengurus mereka sejauh ini, termasuk tiga pengurus yang dipecat sejurus sebelum tempoh perlawanan antarabangsa minggu ini.



Selain Smith, dua lagi pengurus yang dipecat baru-baru ini adalah Daniel Farke dari Norwich dan Nuno Espirito Santo dari Tottenham Hotspur.



Ini menyusuli pemecatan Steve Bruce pada 20 Oktober, sejurus selepas pemilik baru yang berhubung kait dengan kerajaan Arab Saudi mengambil alih kelab itu; dan Xisco Munoz yang dipecat Watford pada 3 Oktober - pengurus EPL pertama yang dipecat pada musim ini.



Keadaan ini berbeza berbanding sejak tiga musim lalu, di mana hanya sebuah pasukan telah memecat pengurus seawal peringkat ini.



Bilangan tertinggi pengurus dipecat atau mengundurkan diri semasa musim sedang berlangsung adalah 10 orang - berlaku dua kali dalam era EPL, iaitu pada musim 2013/2014 dan 2017/2018.



Namun, menurut analisis BBC, perubahan pengurus semasa musim sedang berlangsung tidak semestinya mendatangkan keputusan yang diinginkan.



Hanya segelintir kelab dapat memperbaiki kedudukan dalam liga apabila ia menggantikan pengurus.



Spurs antara kelab-kelab tersebut. Ia melompat lapan tangga selepas menggantikan Jose Mourinho dengan Mauricio Pochettino pada musim 2019/2020.



Pada musim yang sama, keputusan Everton memecat Marco Silva semasa kelab itu terperuk di tangga bawah liga juga meraih ganjaran.



Pengurus sementara Duncan Ferguson berjaya mengheret kelab itu ke tangga ke-15, sebelum Carlo Ancelotti dilantik menjadi pengurus dan membawa kelab itu ke posisi ke-12.



Kehadiran Thomas Tuchel di Chelsea musim lalu juga meraih manfaat bagi kelab itu.



Warga Jerman itu bukan sahaja memimpin Chelsea naik ke kedudukan kelayakan bagi Liga Juara-Juara Eropah, malah membantu The Blues memenangi pertandingan itu.



Namun, Watford tetap tersingkir dari EPL pada musim 2019-20, meskipun memecat tiga pengurus Javi Gracia, Quique Sanchez Flores dan Nigel Pearson.



Musim ini, kehadiran Claudio Ranieri sebagai pengurus Watford juga belum mendatangkan kesan yang diinginkan. Kelab itu tewas tiga daripada empat perlawanan sejak pelantikan Ranieri .



Villa dan Norwich, yang masing-masing berada di tangga ke-16 dan ke-20, belum lagi mendapat pengurus baru, tetapi prestasi mereka di padang mencadangkan sesiapa sahaja yang bakal dilantik akan menghadapi tugas yang mencabar. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >