Serena Williams. Martina Navratilova. Marta. Nadia Comaneci. Yuna Kim. Mary Kom.
Sejarah sukan penuh dengan wanita hebat yang telah bersinar dan meninggalkan kesan dalam sukan masing-masing.
Tahun ini, atlet terbaik akan berhimpun di Sukan Olimpik, Paris 2024 – satu lagi peluang untuk wanita yang luar biasa ini mempamerkan kebolehan mereka dalam usaha mereka untuk meraih emas.
Sempena temasya sukan terbesar dunia yang baru membuka tirainya, kami pilih lima atlet wanita yang mungkin menarik perhatian di Paris.
Biles ialah juara Olimpik empat kali dari Rio 2016, tetapi di Tokyo 2020, kerjayanya tergendala ekoran beberapa masalah kesihatan sehingga beliau hilang kesedaran semasa melakukan aksinya di balapan.
Biles, 27 tahun, berehat selama dua tahun daripada gimnastik untuk menjaga kesihatan mentalnya dan kembali pada 2023 untuk memenangi pingat emas dalam kejohanan nasional di Amerika.
Beliau juga melayakkan diri ke Kejohanan Dunia dan menang empat pingat emas.
Garnbret, 25 tahun, ialah juara bertahan Olimpik dalam acara sukan panjat tembok bercampur. Di Tokyo, beliau menjadi juara wanita pertama sukan itu dan terus mendominasi sukan yang amat kompetitif.
Atlet Slovenia itu akan mendapat rangsangan di Paris. Tidak seperti di Tokyo, acara gabungan itu kini tidak akan disertakan dengan segmen memanjat laju, kerana acara itu bukan kekuatannya.
Memandangkan memanjat laju kini akan menjadi acara berasingan, Garnbret hanya perlu menyerlah dalam acara lead dan bouldering – acara dominan beliau.
Apabila menang perak di Tokyo 2020, Leal menjadi salah seorang pemenang pingat Olimpik termuda dalam sejarah, pada usia 13 tahun. Malah, keseluruhan podium papan laju wanita pada Sukan tersebut terdiri daripada remaja, dan trend itu mungkin berterusan di Paris.
Leal, kini 16 tahun, akan sekali lagi menjadi salah seorang atlet di barisan hadapan sekali lagi dalam perlumbaan untuk pingat emas.
Pada 2023, Leal menang emas di Kejohanan Papan Laju Dunia di Sharjah, Amiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum memenangi emas X Games di China dan Jepun.
Richardson akhirnya bersedia untuk penampilan sulungnya di Olimpik di Paris selepas kerjaya yang bergelora.
Beliau telah disebut-sebut sebagai salah seorang bintang muda Amerika yang berpotensi besar menjelang Tokyo 2020, tetapi pada kejohanan terbuka Amerika pada 2021, beliau disahkan positif mengambil ganja dan dijatuhkan hukuman gantung selama sebulan dan menyebabkan beliau digugurkan daripada pasukan Amerika ke Tokyo.
Selepas 2022 yang mengecewakan, yang menyaksikan pelari asal Dallas itu terlepas ke Kejohanan Dunia di tanah air sendiri, atlet berusia 24 tahun itu bangkit, mengumumkan dirinya di pentas dunia pada 2023 di Kejohanan Dunia di Hungary.
Walaupun baru berusia 23 tahun, Sun telah menjadi pemain perseorangan wanita nombor satu dunia dalam sukan tenis meja sejak Julai 2022.
Pemain China itu tidak pernah terkeluar daripada ranking tiga teratas dunia sejak Oktober 2019, dan terus mendominasi arena sukan tenis meja dunia.
Sebagai menyerlahkan lagi kehebatannya, Sun mendahului ranking dunia dengan lebih 4,200 mata di hadapan pesaing terdekatnya, rakan senegara, Chen Meng.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg