Gadis muda ini dianggap sebagai antara atlet gimnastik paling terkenal di dunia.
Olimpik Tokyo berakhir dengan kecewa bagi beliau selepas terpaksa menarik diri daripada pelbagai acara kerana mengalami ‘twisties’, iaitu keadaan di mana seorang atlet gimnastik hilang arah dan tidak dapat meneruskan persembahan.
Namun kini Biles sudah pulih dan dijangka bersaing bagi beberapa pingat emas.
Perenang ini adalah antara perenang muda paling menarik perhatian tahun ini.
Beliau memenangi tujuh pingat emas di perlumbaan kelayakan Olimpik di China pada April dan ialah pemilik rekod dunia acara 100 meter gaya bebas.
Orang ramai mungkin mengenali Usain Bolt, tetapi nama Kishane Thompson mungkin menjadi sebutan di Olimpik 2024.
Pelari pecut ini melayakkan diri ke Paris selepas memenangi perlumbaan 100 meter dalam masa 9.77 saat.
Pesaing terdekatnya dijangka ialah Noah Lyles dari Amerika Syarikat, yang mencatat masa 9.81 saat dalam perlumbaan Liga Diamond - perlumbaan terakhir sebelum Paris.
Beliau dianggap sebagai pelari maraton terhebat di dunia, tetapi pelari berstatus legenda di Kenya ini bakal menghadapi saingan hebat daripada Kenenisa Bekele dari Habsyah.
Kededua pelari handalan itu kali pertama bertemu di Olimpik pada 2004, apabila Bekele mengatasi Kipchoge dalam acara 5,000 meter (masing-masing menggondol perak dan gangsa di belakang Hicham El Guerrouj) dan dalam acara 10,000 meter (emas dan perak).
Pada 2008, Bekele memenangi kededua pingat emas bagi perlumbaan 5,000 meter dan 10,000 meter.
Namun, Kipchoge, yang memburu pingat emas Olimpik ketiga berturut-turut di Paris telah menunjukkan form baik tahun ini.
Besar kemungkinan, Olimpik di Paris ini adalah yang terakhir buat Rafael Nadal, yang disifatkan antara pemain tenis terbaik dalam sejarah apabila beraksi di gelanggang tanah liat.
Beliau telah memenangi 14 kejohanan Terbuka Perancis di gelanggang tanah liat Roland Garros, iaitu gelanggang tenis Olimpik.
Beliau juga mempunyai dua pingat emas Olimpik - satu dalam acara perseorangan dan lagi satu dalam acara doubles.
Namun harapan Nadal untuk merangkul pingat emas di Paris kali ini boleh disekat Carlos Alcaraz, juara bertahan Terbuka Perancis dan Novak Djokovic yang memburu pingat emas Olimpik pertama.
Mungkin, pertandingan yang paling banyak ditaburi ‘bintang’ ialah acara bola keranjang.
Pemain LA Lakers, LeBron James mendahului barisan bintang NBA seperti Kevin Durant, Jason Tatum, Joel Embiid dan Steph Curry dalam pasukan Amerika Syarikat yang menjadi pilihan utama untuk memenangi pingat emas.
Pemain golf mapan ini antara pilihan ramai untuk memenangi pingat emas di Paris.
Namun beliau disaing hebat oleh Scottie Scheffler dari Amerika Syarikat.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg