Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ringkasan Olimpik

Jul 25, 2024 | 2:00 PM
Olimpik 2024 di Paris akan berlangsung dari Juamat 26 Julai hingga Ahad 11 Ogos.
Olimpik 2024 di Paris akan berlangsung dari Juamat 26 Julai hingga Ahad 11 Ogos. - Foto AFP

Ragbi: Dupont beri Perancis ‘permulaan sempurna’

Antoine Dupont menunjukkan mengapa beliau adalah antara bintang di Olimpik Paris dengan percubaan solo menakjubkan ketika Perancis merebut tempat ke suku akhir ragbi tujuh sepasukan lelaki.

Pemain ragbi Perancis, Antoine Dupont (memegang bola) memberi pembukaan sempurna bagi penyokong tuan rumah itu dengan kemenangan 19-12 ke atas Uruguay.
Pemain ragbi Perancis, Antoine Dupont (memegang bola) memberi pembukaan sempurna bagi penyokong tuan rumah itu dengan kemenangan 19-12 ke atas Uruguay. - Foto AFP

Walaupun upacara pembukaan Paris 2024 akan berlangsung hanya pada 26 Julai (27 Julai tarikh Singapura), ragbi tujuh sepasukan dipilih sebagai salah satu acara pembuka tirai bagi memulakan temasya sukan tersebut di ibu negara Perancis itu.

Suasana riuh dan meriah menyambut pemain tuan rumah, dengan hampir 80,000 penonton di stadium terbesar negara itu menyaksikan pasukan Les Bleus menang 19-12 ke atas Uruguay.

Gauff diberi penghormatan bawa bendera kontinjen AS

Pemain tenis Coco Gauff dipilih sebagai pembawa bendera wanita untuk kontinjen atlet Amerika Syarikat pada upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 pada 26 Julai di Paris.

Ini adalah Sukan Olimpik pertama bagi Coco Gauff, pemenang kejuaraan tenis Terbuka AS 2023.
Ini adalah Sukan Olimpik pertama bagi Coco Gauff, pemenang kejuaraan tenis Terbuka AS 2023. - Foto REUTERS

Pemenang Grand Slam berusia 20 tahun itu menyertai bintang bola keranjang LeBron James, yang dipilih sebagai pembawa bendera lelaki.

Gauff, yang memenangi Terbuka AS 2023, akan bertanding di Sukan Olimpik pertamanya.

Kerana kekasih juara
lumba basikal Pogacar turutkan...

Juara lumba basikal Tour de France, Tadej Pogacar, dari Slovenia berkata keputusan Jawatankuasa Olimpik Slovenia (OKS) tidak memilih teman wanitanya, Urska Zigart, telah mempengaruhi keputusannya untuk menarik diri daripada Paris 2024.

Pogacar, yang memenangi kejuaraan Jelajah ketiganya pada 21 Julai, menarik diri daripada temasya sukan itu dengan alasan “keletihan”.

Meskipun bukan sebab utama, Tadej Pogacar berkata pengguguran teman wanitanya, Urska Zigart, antara sebab beliau menarik diri daripada Paris 2024.
Meskipun bukan sebab utama, Tadej Pogacar berkata pengguguran teman wanitanya, Urska Zigart, antara sebab beliau menarik diri daripada Paris 2024. - Foto INSTAGRAM TADEJ POGACAR

Pemenang berganda Giro d’Italia-Tour de France itu bertanding dalam perlumbaan kriteria di Belanda pada 23 Julai.

Bercakap sebelum perlumbaan itu, Pogacar, yang merujuk kepada pengguguran Zigart, yang juga seorang pelumba basikal, berkata: “Ia bukan sebab utama, tetapi yang pasti ia tidak membantu.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg