Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN OLIMPIK

Acara percubaan Olimpik Tokyo ditangguh

Jan 28, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Acara percubaan pertama 2021 bagi acara Olimpik Tokyo akan ditangguhkan disebabkan larangan perjalanan di bawah keadaan darurat Koronavirus Jepun, menurut laporan media semalam.



Acara percubaan renang artistik yang juga merupakan pusingan kelayakan akhir bagi acara sukan itu, dan akan memaparkan sekitar 10 negara.



Ia pada mulanya dijadualkan untuk berlangsung pada 4 hingga 7 Mac di Pusat Akuatik Tokyo.



Ia kini mungkin ditangguhkan hingga April atau Mei, menurut laporan beberapa media Jepun.



Persekutuan Renang Antarbangsa (Fina) dna Persekutuan Renang Jepun (JASF) telah mendapati larangan perjalanan pada warga asing yang ingin memasuki Jepun akan menjejas kelancaran acara itu, menurut laporan.



Fina, JASF dan Tokyo 2020 tidak memberikan sebarang komen.



Warga asing kini tidak boleh memasuki Jepun, terutama sekali sementara Tokyo dan beberapa kawasan lain kini berada dalam keadaan darurat sehingga sekurang-kurangnya 7 Februari.



Atlit yang memasuki Jepun untuk acara sukan Olimpik 2020 yang telah ditangguhkan itu dibenarkan masuk sebelum ini, namun pemerintah membatalkan hak tersebut awal bulan ini.



Acara renang artistik itu sepatutnya menjadi acara percubaan pertama yang akan diadakan dengan langkah-langkah keselamatan mencegah jangkitan virus.



Disember lalu, ketua Tokyo 2020 mendedahkan buku panduan anti-virus setebal 53 halaman yang membolehkan acara tersebut diadakan dengan selamat tanpa vaksin, walaupun pandemik belum dapat dikawal.



Pemerintah metropolitan Tokyo melaporkan 973 kes Covid-19 baru di ibu negara kelmarin, menjadikan jumlah warga positif di bandar itu menjadi 96,507.



Angka terbaru, seperti yang berlaku pada hari Ahad dan Isnin, merosot di bawah tahap 1,000, sebelum ia meningkat di atas tahap tersebut pada hari Selasa, di mana jangkitan harian baru di bandar yang mempunyai 14 juta penduduk, telah meningkat kepada 1,026.



Pegawai kesihatan berkata jumlah pesakit yang dilaporkan dalam keadaan "serius" adalah 159 orang, meningkat 11 orang berbanding sehari sebelumnya. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >