Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Acara sasar martabatkan silat di peringkat antarabangsa

May 29, 2025 | 6:19 PM
Sebanyak 127 pesilat kebangsaan dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand hadiri acara Kejohanan Silat Nusantara 2025 yang dianjurkan buat kali pertama di Singapura dari 28 Mei hingga 2 Jun 2025 di Dewan Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Heartbeat@Bedok. Pihak penganjur harap acara tersebut dapat meningkatkan taraf silat di pentas antarabangsa.
Sebanyak 127 pesilat kebangsaan dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand hadiri acara Kejohanan Silat Nusantara 2025 yang dianjurkan buat kali pertama di Singapura dari 28 Mei hingga 2 Jun 2025 di Dewan Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Heartbeat@Bedok. Pihak penganjur harap acara tersebut dapat meningkatkan taraf silat di pentas antarabangsa. - Foto JAILANI ABU TALIB

Kejohanan Silat Nusantara 2025 telah dianjurkan buat kali pertama di Singapura dari 28 Mei hingga 2 Jun 2025 di Dewan Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Heartbeat@Bedok, menghimpunkan 127 pesilat kebangsaan dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand dalam 32 acara tanding dan seni.

Majlis pembukaan dirasmikan oleh Mayor bagi Daerah South East, Dinesh Vasu Dash, yang menekankan peranan kejohanan itu dalam memperkukuh kerjasama serantau dan memartabatkan silat.

Pengerusi kejohanan, Iskandar Hosni, dan Setiausaha Agung Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Persilat), Teddy Suratmadji, turut menekankan kepentingan kejohanan itu sebagai simbol perpaduan budaya dan platform bagi pesilat bertaraf dunia.

“Kejohanan Silat Nusantara 2025 bukan sekadar sebuah pertandingan. Kejohanan ini merupakan simbol kesepaduan budaya, semangat serantau, dan cita-cita masa depan untuk memartabatkan silat di peringkat dunia,” kata Iskandar.

Keistimewaan edisi kali ini termasuk penggunaan hampir sepenuhnya bahasa Melayu semasa majlis pembukaan dan penyertaan pesilat elit seperti juara Asia dan dunia.

Antara barisan pesilat yang bakal beraksi termasuklah pesilat Singapura yang juga Juara Asia 2024, Ahmad Hanin Abdul Rahim; pesilat Indonesia yang juga Juara Dunia 2025, M Wildan dan Safira Dwi Meilani; serta pesilat Malaysia, Nor Farah Mazlan dan Md Abdul Latif Maxzakir, yang juga Juara Dunia 2025.

Kejohanan itu diharap dapat diteruskan secara dwitahunan, bergilir antara negara serantau, bagi mengukuhkan silat sebagai warisan budaya dan sukan antarabangsa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg