Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aitana Bonmati senjata midfield Sepanyol

Aug 20, 2023 | 5:30 AM
PRESTASI BAIK: Aitana Bonmati sejauh ini berjaya menjaringkan tiga gol dan melakukan dua ‘assist’ dalam enam perlawanan untuk Sepanyol di Piala Dunia Wanita 2023.
PRESTASI BAIK: Aitana Bonmati sejauh ini berjaya menjaringkan tiga gol dan melakukan dua ‘assist’ dalam enam perlawanan untuk Sepanyol di Piala Dunia Wanita 2023. - Foto AFP

Perhatian pada musim panas ini banyak ditumpukan pada Alexis Putellas dan kepulangannya daripada kecederaan.

Tetapi, Sepanyol bijak kerana tidak tergesa-gesa untuk menurunkan pemenang dua Ballon d’Or dan pemain midfield Barcelona itu supaya tidak menjejas pemulihannya.

Hakikatnya, Sepanyol dapat mengatasi lawan tanpa Putellas dengan rakan pemain midfield Aitana Bonmati kini berada dalam prestasi terbaiknya.

Bonmati, 25 tahun, yang juga menyarung jersi kelab Barcelona, antara pemain menonjol yang disebut-sebut dalam Piala Dunia kali ini setelah berjaya menjaringkan tiga gol dan melakukan dua ‘assist’ dalam enam perlawanan untuk Sepanyol.

Walaupun ia bagus untuk mempunyai kededua Putellas dan Bonmati mencapai tahap cemerlang mereka dalam kejohanan ini, Bonmati sendiri berupaya menguasai midfield dan menentukan rentak permainan. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg