Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sepanyol layak ke final Piala Dunia Wanita pertama mereka

Aug 15, 2023 | 6:45 PM
GEMBIRA: Pemain Sepanyol meraikan kemenangan 2-1 mereka ke atas Sweden di Eden Park pada Selasa untuk menempah tiket ke final Piala Dunia Wanita.
GEMBIRA: Pemain Sepanyol meraikan kemenangan 2-1 mereka ke atas Sweden di Eden Park pada Selasa untuk menempah tiket ke final Piala Dunia Wanita. - Foto AFP

Sepanyol terus mencipta sejarah dalam kempen Piala Dunia Wanita 2023 apabila berjaya melangkah ke final pertama mereka pada Selasa.

Pemain bek kiri Olga Carmona menjadi wira pasukan selepas gol kemenangannya seminit sebelum tamat perlawanan membantu Sepanyol menewaskan Sweden 2-1 dalam separuh akhir di Eden Park di Auckland, New Zealand.

Dalam aksi sengit antara dua pasukan Eropah ini, tirai jaringan perlawanan hanya dibuka pada minit ke-81 apabila pemain sayap Salma Paralluelo meletak Sepanyol di depan.

Bagaimanapun, Sweden bangkit menyamakan kedudukan melalui gol Rebecka Blomqvist tujuh minit kemudian, yang menyalakan semula impian mereka mara ke final.

Namun, harapan mereka pudar apabila Carmona membuat rembatan melambung mantap seminit kemudian untuk mengatasi penjaga gol Sweden Zecira Musovic.

Sepanyol akan bertemu sama ada pasukan tuan rumah bersama Australia atau England, yang akan bertembung dalam satu lagi separuh akhir pada Rabu, di final.

Sweden dan pasukan kecundang dalam separuh akhir kedua itu akan bertemu bagi menentukan tempat ketiga pada Sabtu.

Dengan bekas juara Amerika Syarikat, Jepun, Jerman dan Norway telah tersingkir awal, Piala Dunia Wanita kali ini bakal menyaksikan pasukan baru menjulang trofi dalam sejarah kejohanan itu, di Stadium Australia di Sydney pada Ahad.

Sepanyol kali pertama layak ke Piala Dunia Wanita pada 2015, namun tidak pernah memenangi perlawanan kalah mati dalam kejohanan utama itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg