Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PENCARIAN PENGURUS MAN UNITED

Ajax sedang usaha agar Ten Hag kekal

Apr 19, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Ajax Amsterdam sedang melakukan "segala-galanya yang termampu" bagi mengikat Erik Ten Hag dengan kelab itu, kata pengurus teknikal Gerry Hamstra.



Ten Hag, antara pengurus muda paling disegani pada masa ini, telah dikaitkan dengan Manchester United dalam Liga Perdana England. Namun, belum ada sebarang pengumuman rasmi dibuat, difahamkan sebagai tanda hormat kepada Ajax, yang bertemu PSV Eindhoven dalam final Piala Belanda kelmarin.



Ajax tewas 1-2 dalam perlawanan itu, dan pemerhati bola sepak berkata masanya telah tiba bagi kededua pasukan membuat pengumuman yang dinanti-nantikan itu.



Akhbar di Britain melaporkan United, yang kini dipimpin pengurus sementara Ralf Rangnick, telah menawarkan kontrak tiga tahun kepada Ten Hag.



Hamstra berkata: "Tentu sekali kami berharap beliau kekal di kelab ini. Buat masa ini kami perlu berpegang pada fakta... dan faktanya ialah Ten Hag masih belum meninggalkan kelab ini."



Di bawah kepimpinan Ten Hag, Ajax memenangi dua kejuaraan liga dan berpeluang memenangi kejuaraan ketiga musim ini. Buat masa ini, Ajax mendahului PSV dengan kelebihan empat mata di puncak liga Eredivisie.



Hamstra berkata minat yang ditunjukkan oleh beberapa kelab di Eropah untuk mendapatkan khidmat Ten Hag adalah sesuatu yang dijangka.



"Ini adalah satu perkembangan yang dijangka," kata Hamstra. "Ten Hag berkhidmat dengan cemerlang dan rekod beliau juga begitu hebat. Bagi pihak kami, kami telah bertungkus lumus dan mencuba sedaya upaya bagi memastikan beliau kekal di sini.



Menurutnya, Ten Hag setakat ini enggan membincangkan keadaan itu dengan Ajax.



"Beliau berkata beliau fokus pada tugas di Ajax. Tapi kami sedang membuat persiapan bai meneruskan operasi jika beliau beredar," kata Hamstra. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >