Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Akbar jadi jurulatih S’pura pertama dalam Liga Thai 1

Jun 07, 2023 | 05:44 PM



Kelab bola sepak Thai Nakhon Pathom United telah mengumumkan Akbar Nawas sebagai ketua jurulatih baru kelab itu pada Isnin.

Dengan pengumuman itu, Akbar menjadi warga Singapura pertama yang bakal mengetuai sebuah kelab Liga 1 Thai.

Mendedahkan berita itu kepada The Straits Times, Akbar berkata: “Saya tentunya berbangga menjadi warga Singapura pertama mengetuai kelab Liga 1 Thai kerana bukan senang bagi jurulatih Singapura mendapat pengiktirafan di luar tanah air kita.


“Aidil (Sharin), (P.N.) Sivaji, Vincent (Subramaniam) – semua jurulatih ini meninggalkan Singapura dan berjuang mendapatkan pekerjaan di luar tanah air.

“Semua ini hanya boleh berlaku kerana kepercayaan Nakhon Pathom pada saya. Ini akan menjadi salah satu pekerjaan paling mencabar untuk saya.”

Nakhon Pathom, yang merangkul kejuaraan Liga 2 Thai, sekali gus naik ke Liga 1 secara automatik, mula memberi perhatian pada Akbar pada April lalu ketika beliau menjadi pengurus kelab Liga 2, Udon Thani.

Akbar didekati presiden Nakhon Pathom, Panuwat Sasomsup, yang meminta beliau membimbing kelab itu untuk musim 2023-2024.

Pelantikan itu juga mendapat restu daripada bekas pengurus Nakhon Pathom, Thongchai Sukkoki, dan ejen kelab itu, Majid Chelayi.

Akbar, yang dinobatkan jurulatih terbaik Liga India pada 2019 selepas merangkul kejuaraan Liga India bersama Chennai City, menambah:

“Saya mahu terus membuktikan diri saya dalam Liga 1 Thai. Dengan cara Nakhon Pathom disusun, mereka sangat realistik dengan sasaran mereka.”

Akbar akan menyertai Kadir Yahaya, yang kini ketua bola sepak belia di kelab Liga 1 Thai, BG Pathum.

Jurulatih Singapura lain yang pernah berkhidmat pada peringkat teratas Thailand termasuk Firdaus Kassim, yang merupakan penolong jurulatih di Chainat Hornbill ketika mereka tersingkir ke Liga 2 Thai pada 2016.

Dengan ketidaktentuan liga Thailand, jarang sekali jurulatih kekal bersama kelab mereka melebihi satu atau dua musim.

Ini akan menjadi cabaran terbesar bagi Akbar, yang telah menandatangani kontrak untuk mengurus Nakhon Pathom selama setahun.

“Kebanyakan kelab daripada Liga 2 yang naik ke Liga 1 turun semula pada musim seterusnya. Ini berlaku hampir setiap tahun. Jadi sangat penting kami cuba bertahan dalam Liga 1.

“Kami belum membeli sesiapa lagi, jadi kebanyakan pemain kami adalah dari Liga 2. Saya akan menjadikan mereka berdaya saing dan saya pasti mereka juga mahu membuktikan diri mereka.

“Ada ramai pemain muda dalam kelab ini dan jika kami bekerja keras, apa sahaja boleh berlaku. Liga 1 merupakan tahap yang berbeza, ada banyak pasukan kuat tetapi saya pasti kami boleh mencapai apa yang kami ingin lakukan,” ujar Akbar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >