Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ASEAN

Sambutan ‘gila’ apabila Song Ui-young sertai Persebaya Surabaya

Jun 05, 2023 | 03:35 PM



HANYA sehari selepas menjadi pemain kelab bola sepak Indonesia, Persebaya Surabaya, pemain tengah Lions, Song Ui-young terpaksa memadamkan aplikasi Instagram di telefonnya dan keluar secara tiba-tiba sewaktu upacara acara pengenalan kerana berlaku kesesakan.

Pemain berusia 29 tahun itu mengakui beliau terharu dengan pemberitahuan Instagram mengenai pengikut baru dan mesej sokongan daripada peminat kelab Indonesia itu.

Sabtu lalu, di kedai penaja kelab di mana Song dipamerkan sebagai pemain terkini Persebaya, pihak keselamatan terpaksa mengiringi beliau keluar dari kedai itu – yang sudah dipenuhi dengan lebih 200 peminat dengan lebih ramai cuba untuk masuk.

Song menandatangani kontrak bertempoh satu tahun untuk Persebaya dengan pilihan melanjutkan kontraknya, selepas berkhidmat selama lima bulan untuk kelab Liga 1 Thai, Nongbua Pitchaya.

Dengan Nongbua disingkirkan dari peringkat teratas, beliau dibenarkan pergi dengan perpindahan percuma disebabkan klausa dalam kontraknya.

Song, yang membuat penampilan sulung untuk Home United dalam Liga-S (kini dikenali sebagai Liga Perdana Singapura atau SPL) pada 2012, memberitahu akhbar The Straits Times melalui panggilan telefon daripada Persebaya:


“Saya mendarat di Indonesia hari ini dan suasana sudah bak ‘gila’. Selepas 30 minit di acara kelab, saya diberitahu bahawa saya terpaksa pergi kerana terlalu ramai peminat yang datang.

“Dan saya juga terpaksa memadamkan Instagram saya kerana saya mendapat mesej dan pemberitahuan setiap saat. Tetapi inilah sebab saya di sini, keghairahan peminat di sini adalah yang terbaik. Saya amat terdorong memberikan yang terbaik untuk mereka.”

Persebaya, yang pada musim lalu menduduki tangga keenam di Liga 1 Indonesia yang mempunyai 18 pasukan, mempunyai 2.4 juta pengikut di akaun Instagramnya.

Beberapa minggu lalu, ramai daripada mereka mengunjungi laman Instagram Song dan meninggalkan komen yang mengalu-alukannya ke kelab itu walaupun perpindahannya belum disahkan.

Song, yang turut mendapat tawaran daripada kelab Indonesia yang lain, adalah pemain Singapura kedua yang menyertai kelab Liga 1 Indonesia pada 2023.

Pada Mei lalu, kapten Young Lions, Jacob Mahler telah menandatangani kontrak untuk Madura United.

Musim baru Liga 1 Indonesia bermula pada 1 Julai.

Walaupun Song berharap dapat membantu kelab barunya mencabar kejuaraan liga dan layak ke Liga Juara-Juara AFC, beliau juga menumpukan perhatian kepada perkembangan peribadinya supaya beliau boleh menjadi pemain terbaik untuk Lions.

“Dalam tempoh singkat saya di Thailand, saya berasakan saya bertambah baik sebagai seorang pemain dan berkembang sebagai seorang manusia.

“Saya fikir masa saya di Indonesia ini akan membantu saya berkembang lebih jauh. Jika saya terus bermain di peringkat yang lebih tinggi, kecergasan dan mutu saya akan menjadi lebih baik dan apabila saya kembali (ke pasukan nasional) untuk bermain, saya harap ia boleh membawa perubahan,” kata Song.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >