Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020

Aksi Italy buat Mancini senyum

Wales hampakan penyokong Turkey
Jun 18, 2021 | 05:30 AM



ROM: Italy menjadi pasukan pertama mara ke pusingan 16 pasukan terakhir Euro 2020 selepas mengalahlan Switzerland 3-0 di Rom, hasil dua gol Manuel Locatelli dan jaringan Ciro Immobile.



Skuad kendalian Roberto Mancini mengumpul enam mata selepas dua perlawanan dan akan mara sebagai juara Kumpulan A sekiranya mereka dapat mengelak kekalahan di tangan Wales, yang menghuni tangga kedua, apabila mereka bertemu di Stadio Olimpico Ahad ini.



Kapten Italy Giorgio Chiellini terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama setelah mengalami kecederaan di bahagian paha, empat minit selepas jaringannya pada minit ke-20 dibatalkan pengadil kerana terkena tangan.



Pemain pertahanan berusia 36 tahun itu meminta dikeluarkan dan tempatnya diambil alih Francesco Acerbi sementara tanggungjawab sebagai kapten diberi kepada rakan sepasukan Juventusnya, Leonardo Bonucci.



Chiellini, yang mewakili Italy sebanyak 109 kali, pemain paling banyak beraksi di Kejohanan Eropah, dengan 14 penampilan.



Beliau berkata tiada apa dapat mencemarkan kegembiraan skuad Azzuri itu selepas berjaya ke peringkat 16 pasukan terakhir, walaupun beliau terpaksa digantikan.



"Tiada apa yang dapat menjejas kegembiraan ini. Kami berada di pusingan kedua! Teruskan kejayaan!" kata Chiellini di Twitter selepas perlawanan tamat.



Italy menamatkan separuh masa pertama dengan jaringan minit ke-26 Locatelli hasil umpanan rakan sepasukan, Sassuolo Domenico Berardi.



Locatelli menambah jaringannya pada minit ke-52, sebelum Immobile melengkapkan kemenangan dengan rembatan padu pada minit terakhir perlawanan.



Mancini menganggap pasukannya itu beraksi dengan cemerlang walaupun berdepan pesaing hebat.



"Switzerland adalah sebuah pasukan kuat. Ia adalah satu perlawanan sukar. Kami sepatutnya dapat menjaringkan gol lebih awal, tetapi akhirnya kemenangan menjadi milik kami jua.



"Pasukan kami beraksi dengan baik, kami bertekad mahu menang. Mereka bermula dengan langkah kanan, bukan mudah untuk menang dua perlawanan dalam lima hari," kata Mancini.



Sementara itu, awal sebelum itu, jaringan Aaron Ramsey dan Connor Roberts membantu Wales menghampiri pusingan 16 pasukan terakhir selepas menewaskan Turkey 2-0 di Stadium Olimpik.



Keputusan itu sekali gus bermakna Turkey mengalami kekalahan dalam kedua-dua perlawanan Kumpulan A tanpa menjarikan sembarang gol.



Wales, yang mara ke separuh akhir lima tahun lalu, seharusnya menang dengan lebih bergaya tetapi pemainnya mensia-siakan beberapa peluang, termasuk kegagalan kapten Gareth Bale menyempurnakan sepakan penalti pada separuh masa kedua.



Tiga mata berharga yang diraih itu meletak Wales di tangga kedua kumpulan dengan empat mata, selepas terikat 1-1 dengan Switzerland pada perlawanan pertamanya.



Bale mengatakan kemenangan ke atas Turkey itu membantu Wales berada dalam "kedudukan selesa" untuk mara ke pusingan seterusnya.



"Kemenangan ini meletak kami di kedudukan selesa.



"Sekiranya kamu menawarkan empat mata kepada kami sebelum kejuaraan ini bermula, kami tentunya tidak akan percaya," kata Bale, membayangkan perasaan leganya.



Penyokong Wales memberi sokongan setiap kali Bale dan rakan-rakannya menyentuh bola.



"Ia banyak membantu, bermain tanpa sokongan padu tentunya sukar untuk menaikkan semangat," kata Bale.



"Penyokong sangat luar biasa, saya tahu kebanyakan mereka (penonton) adalah rakyat Turkey, tetapi penyokong Wales sangat menakjubkan.



"Kami juga mahu mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang berada di Wales, saya pasti ramai dalam kalangan mereka bersorak pada malam ini," katanya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >