Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Aksi kami mengecewakan: Andrew Robertson

Jan 04, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Tiga mata yang hilang selepas Liverpool kalah kepada Brentford kelmarin bukan sahaja mengecewakan, malah menunjukkan pasukan itu tidak cukup bagus musim ini, kata pemain bek Andrew Robertson.



Liverpool dibolosi tiga gol yang seharusnya diselamatkan dalam perlawanan di Stadium Community, yang bermakna ia masih berada di luar kedudukan kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.



Dalam separuh masa pertama yang serba mengecewakan, Ibrahima Konate menjaringkan gol sendiri dari tendangan sudut lawan, selepas dua gol lawan dibatalkan pengadil atas sebab ofsaid.



Namun Liverpool tetap memasuki waktu rehat dengan ketinggalan dua gol selepas Harvey Elliott gagal membendung Mathias Jensen yang mengumpan bola kemas kepada Yoane Wissa.



Keadaan itu memaksa pengurus Juergen Klopp membuat tiga pertukaran bagi separuh masa kedua dan Alex Oxlade-Chamberlain berjaya menjaringkan gol lima minit selepas perlawanan dimulakan semula.



Namun, satu lagi kesilapan oleh Konate membolehkan Bryan Mbeumo menjaringkan gol ketiga dan menjamin kemenangan bagi Brentford, yang mendaki ke tangga ketujuh dalam liga.



Ia telah mengelak kekalahan dalam enam perlawanan - rekod terbaik dalam liga utama dalam tempoh 80 tahun.



Sebaliknya, keputusan itu bermakna Liverpool telah mencicirkan 23 mata setakat ini - lebih satu mata berbanding bagi sepanjang musim lalu.



"Pertunjukan kami dan cara kami beraksi kurang memadai bagi penyokong... kami tidak konsisten.



"Ia seolah-olah kami berundur dua langkah bagi setiap langkah ke hadapan yang kami ambil," ujar Robertson, yang juga menjadi kapten bagi negaranya, Scotland.



Bercakap kepada Sky Sports, bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher berkata Liverpool perlu membelanjakan lebih banyak wang untuk membeli pemain yang membolehkannya bersaing di peringkat tertinggi sekali lagi.



Namun Robertson berkata huraiannya lebih mudah - dengan semua pemain Liverpool harus menunjukkan tekad dan azam untuk mengejar setiap bola pada setiap saat permainan.



"Kami tidak boleh bersikap sambil lewa dan membiarkan pemain lawan menguasai permainan.



"Seharusnya, kita belajar daripada perlawanan dengan Leicester... tapi mungkin pengajaran itu belum lai sebati dengan pemikiran kami," katanya lagi.



Liverpool menewaskan Leicester 2-1 dalam perlawanan EPL tiga hari lalu, tetapi berhempas pulas untuk menjaringkan gol dan terpaksa bergantung kepada dua gol sendiri yang dijaringkan pemain pertahanan Leicester.



Benteng pertahanannya dalam perlawanan itu juga terlalu mudah ditembusi lawan. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >