Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Aksi menyerlah di padang diberi pengiktirafan pemain terbaik

Dec 10, 2017 | 05:30 AM



Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) memberi pengiktirafan kepada mereka yang memberi sumbangan kepada sukan bola sepak wanita Singapura dalam Majlis Penyampaian Anugerah Wanita FAS yang diadakan di Muzium Sukan Singapura Khamis lalu. BERITA MINGGU mengajak anda mengenali tiga srikandi yang menunjukkan kehebatan mereka di padang dan menerima anugerah Pemain Terbaik (Liga Perdana, Liga Nasional) dan Pemain Muda Terbaik.



BELIAU tunduk tersipu apabila namanya dipanggil supaya naik ke pentas untuk menerima anugerah sehinggakan teman-temannya di belakang auditorium berteriak: "Janganlah malu-malu!"



Keperibadiannya yang pemalu memang diketahui teman-teman yang gemar mengusiknya, namun tiada siapa yang boleh menafikan kebolehan Siti Rosnani Azman yang menyerlah sebaik sahaja melangkah ke padang bola.



Bakat serta semangat anggota kelab bola sepak Police Sports Association dalam menjayakan sukan itu diiktiraf semasa Majlis Penyampaian Anugerah Wanita Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dengan beliau menerima anugerah Pemain Terbaik (Liga Perdana Wanita) Khamis lalu.



Antara tujuan pemberian anugerah tersebut adalah mengiktiraf pemain yang mempamerkan persembahan cemerlang lagi konsisten serta memainkan peranan sebagai contoh yang baik serta sumber inspirasi bagi pemain lain di dalam dan di luar padang.



Semasa ditemui selepas acara tersebut, Siti Rosnani, 20 tahun, berkata beliau seakan tidak percaya anugerah tersebut diberikan kepadanya yang baru berkecimpung dalam kelabnya itu selama tiga tahun.



"Calon lain jauh lebih berpengalaman dan berkebolehan berbanding saya, oleh itu pada mulanya saya berfikir bahawa tiada peluang menang.



"Oleh itu, saya berasa amat beruntung dan ia merupakan satu penghormatan yang amat dihargai," katanya.



Ditanya mengenai 'faktor X' yang mungkin merupakan kelebihan bagi dirinya, Siti Rosnani mengakui bahawa bakat serba bolehnya di padang dapat membantu pasukannya dalam perlawanan.



"Saya boleh bermain dalam mana-mana posisi yang diperlukan, jika mereka kekurangan pemain dalam apa jua posisi, saya boleh mengambil alih dan tidak kekok beraksi," ujarnya.



Siti Rosnani, yang mula melibatkan diri dalam set-up nasional ketika berusia 11 tahun, berkata matlamat utama beliau buat masa kini adalah bermain di luar negara.



"Saya ingin menimba pengalaman dan pengetahuan sambil bermain di luar negara, seperti di Australia dan berhadapan dengan pemain Barat.



"Dengan ini, saya dapat menajamkan lagi keupayaan saya dalam beraksi dan bermain untuk negara," katanya yang melihat dirinya berjaya dalam kerjaya bola sepaknya dalam masa 10 tahun akan datang.



Namun, kini anak ketiga lima beradik itu memberi tumpuan pada matlamat jangka pendeknya - menyelesaikan kursus Kejuruteraan Aeroangkasa di Politeknik Republic (RP).



Beliau berkongsi keinginan mahu melanjutkan pelajaran ke universiti dalam bidang yang sama dan meneroka kerjaya sebagai jurutera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >