Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Al Nassr capai pusingan kalah mati Liga Juara-juara Asia

Nov 28, 2023 | 02:06 PM



RIYADH: Pasukan Liga Pro Saudi, Al-Nassr, mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-juara Asia (ACL) selepas mencatatkan keputusan seri 0-0 dengan Persepolis dari Iran pada Selasa.


Pasukan yang dibintangi Cristiano Ronaldo itu hanya memerlukan satu mata untuk mara ke pusingan 16 terakhir selepas memenangi kesemua empat perlawanan Kumpulan E.

Bermain di gelanggang sendiri di Al Awwal Park, pasukan kendalian Luis Castro itu mengawal perlawanan, sungguhpun terpaksa bermain sebahagian besar perlawanan dengan 10 pemain, setelah Ali Lajami dikenakan kad merah pada minit ke-17.

Ronaldo terpaksa dikeluarkan dalam 13 minit terakhir susulan pertembungan dengan penjaga gawang Persepolis, Alireza Beiranvand.

Kapten pasukan berusia 38 tahun itu dipercayai cedera di bahagian tengkuk setelah Beiranvand terjatuh ke atasnya semasa menangkap bola.

Awal daripada itu, penyerang berusia 38 tahun tersebut dijatuhkan pada minit kedua perlawanan tetapi apabila pengadil asal China, Ma Ning, menghadiahkan penalti, Ronaldo mempertikaikan kes tersebut agar keputusan itu dibatalkan.

Ning mengarahkan semakan melalui pengadil berbantukan video (VAR) dan menukar keputusannya.

Persepolis mempunyai peluang mendahului perlawanan pada separuh masa kedua melalui Shahab Zahedi tetapi jaringannya tidak disahkan kerana beliau berada dalam kedudukan ‘offside’.

Al-Nassr – yang kini menduduki tangga kedua liga – akan berdepan dengan seteru Al Hilal yang menduduki puncak liga, pada Jumaat.

Dalam perlawanan lain bagi Kumpulan E, Al Duhail mendapat kemenangan pertama dalam ACL setelah mengatasi Istiklol 2-0 di padang sendiri.

Dalam Kumpulan C, juara bertahan liga Arab Saudi, Al Ittihad, kembali mendapatkan rentak kemenangan setelah menewaskan AGMK FC 2-1.

Abderrazzaq Hamdallah dari Maghribi menjaringkan dua gol dalam empat minit pada separuh masa pertama sebelum Martin Baokye dari AGMK FC menyumbatkan kembali satu gol dalam perlawanan berbaki 12 minit.

Ini bermakna Ittihad – pengurus barunya Marcelo Gallardo membuat penampilan sulung di ACL – kekal di tangga teratas Kumpulan C dan akan bertandang di padang sendiri menentang pasukan dari Iran, Sepahan, yang menduduki tangga kedua dengan perbezaan dua mata.

Sepahan menewaskan Air Force Club dari Iraq 1-0 pada Isnin di Stadium Azadi walaupun dua pemainnya dibuang padang.

Peringkat kumpulan kali ini, yang kembali dimainkan dalam format timbal balas buat kali pertama sejak 2020, berlangsung sehingga pertengahan Disember.

10 pasukan teratas kumpulan dan enam pasukan terbaik yang menduduki tempat kedua kumpulan akan mara ke pusingan kalah mati bermula pada Februari 2024.

Perlawanan akhir berlangsung dalam format timbal balas pada Mei 2024. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >