Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Albirex menang besar di Malam Anugerah FAS

Nov 08, 2022 | 10:17 PM



JUARA bertahan Albirex Niigata menyapu semua anugerah utama yang disampaikan dalam Malam Anugerah Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) 2022 pada Selasa (8 November).



Acara tahunan yang berlangsung di Hotel Orchard itu diadakan secara fizikal buat julungnya sejak 2019 dan dihadiri sekitar 500 orang mewakili fraterniti bola sepak setempat malam ini.



Jurulatih Albirex, Kazuaki Yoshinaga, melakukan ‘hatrik’ selepas merangkul anugerah Jurulatih Terbaik ketiganya. 



Usaha warga Jepun berusia 54 tahun itu diiktiraf selepas berjaya memimpin pasukan muda White Swans untuk menjuarai liga musim ini, iaitu pencapaian sama yang diraih pada 2017 dan 2018. 



Beliau mengalahkan dua jurulatih tempatan, Noor Ali dari Geylang International dan Hasrin Jailani dari Tanjong Pagar United. 



Penyerang Albirex Kodai Tanaka, 22 tahun, muncul sebagai Pemain Terbaik. 



Warga Jepun itu memainkan peranan penting dalam kempen Albirex selepas menyumbat 33 gol dalam 28 perlawanan musim ini. 



Seorang lagi penyerangnya, Ilhan Fandi, yang menyambut ulang tahunnya yang ke-20 hari ini, menerima hadiah besar apabila merangkul dua anugerah - Pemain Muda Terbaik dan Gol Terbaik.



Tanaka dan Ilhan, di samping rakan sepasukan Masaya Idetsu, turut tersenarai dalam Pasukan Terbaik Liga Perdana Singapura (SPL).



Bagi Liga Perdana Wanita, Tanjong Pagar United membolot kategori utamanya.



Warga Jepun Manami Fukuzawa, 30 tahun, yang menjaringkan lapan gol dalam 12 perlawanan, dinobat Pemain Terbaik, manakala penjaga gol Haziqah Haszman, 19 tahun, meraih anugerah Pemain Muda Terbaik.



Pemain Lion City Sailors Izzati Rosni pula pemenang besar malam ini apabila membawa pulang dua trofi - Penjaring Gol Terbanyak dan Gol Terbaik.



Anugerah Jurulatih Terbaik juga jatuh di tangan Lion City Sailors setelah Yeong Sheau Shyan muncul sebagai pemenang.



Malam Anugerah FAS tahun ini turut mengiktiraf aksi hebat dari Liga Bola Sepak 1 dan 2, yang menamatkan musim mereka minggu lalu.



Anugerah sampingan seperti Pengadil dan Penolong Pengadil Terbaik, Kisah Media Terbaik dan Gambar Terbaik juga disampaikan malam ini.



 



 



Pemenang Malam Anugerah FAS 2022



Liga Perdana Singapura



Pemain Terbaik: Kodai Tanaka (Albirex)



Pemain Muda Terbaik:Ilhan Fandi (Albirex)



Jurulatih Terbaik:Kazuaki Yoshinaga (Albirex)



Gol Terbaik: Ilhan Fandi (Albirex)



 



Pasukan Terbaik SPL:



Penjaga gol - Zaiful Nizam (Geylang) 



Pemain pertahanan - Masaya Idetsu (Albirex), Pedro Henrique (Lion City Sailors) dan Joshua Pereira (Geylang)



Pemain midfield - Vincent Bezecourt (Geylang), Diego Lopes dan Maxime Lestienne (Lion City Sailors), dan Kyoga Nakamura (Tampines Rovers) 



Penyerang - Ilhan Fandi dan Kodai Tanaka (Albirex), dan Boris Kopitovic (Tampines)



Penjaring Gol Terbanyak: Boris Kopitovic (Tampines)



Penjaga Gol Dengan Rekod Bersih Terbanyak: Zaiful Nizam (Geylang)



Anugerah Permainan Adil: Albirex 



Pengadil Terbaik: Ahmad A’Qashah



Penolong Pengadil Terbaik: Ronnie Koh



 



Liga Perdana Wanita



Pemain Terbaik: Manami Fukuzawa (Tanjong Pagar)



Pemain Muda Terbaik: Haziqah Haszman (Tanjong Pagar)



Jurulatih Terbaik: Yeong Sheau Shyan (Lion City Sailors)



Gol Terbaik: Izzati Rosni (Lion City Sailors)



Penjaring Gol Terbanyak: Izzati Rosni (Lion City Sailors)



Penjaga Gol Dengan Rekod Bersih Terbanyak: Beatrice Tan (Lion City Sailors)



Anugerah Permainan Adil: Tiong Bahru



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >