LIGA PERDANA SINGAPURA
Albirex Niigata belasah Home 4-0
Apr 30, 2019 | 05:30 AM
ALBIREX Niigata bangkit daripada kekalahan di tangan Hougang United pada pertengahan minggu lalu untuk menewaskan juara Piala Perisai Masyarakat Home Utd 4-0 di Stadium Jurong East Sabtu lalu.
Kyoga Nakamura yang menyambut hari lahirnya ke-23 minggu itu menghasilkan persembahan menakjubkan dengan menjaringkan dua gol untuk memastikan pasukan Angsa Putih itu menguasai perlawanan dari minit pertama.