Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Albirex Niigata juara Liga Perdana Singapura 2020

Dec 05, 2020 | 08:27 PM



MUSIM 2020 Liga Perdana Singapura (SPL), yang berlarutan selama sembilan bulan akibat pandemik Covid-19, akhirnya melabuh tirai dengan pasukan asing sekali lagi mengungguli liga profesional bola sepak setempat.





Kelab Jepun Albirex Niigata digelar juara Liga Perdana Singapura 2020 setelah menewaskan Hougang United 1-0 di Stadium Hougang pada Sabtu (5 Disember).





Tiga mata itu sekali gus bermakna The White Swans mengakhiri musim di puncak liga dengan pungutan 32 mata.





Gol tunggal Ryoya Taniguchi pada minit ke-53 menjamin kejuaraan keempat Albirex dalam lima musim. 





Ia juga adalah kali keenam berturut-turut pasukan asing menjuarai SPL.





Liga musim lalu dimenangi kelab dari Brunei Darussalam, Brunei DPPM FC, yang gagal menamatkan musim  SPL 2020 akibat sekatan koronavirus.





Sementara itu, Tampines Rovers terpaksa berpuas hati sebagai naib juara liga musim ini selepas terikat 1-1 dengan Geylang International di Stadium Our Tampines Hub malam ini.





Keputusan seri itu bermakna The Stags memungut 29 mata daripada 14 perlawanan.





Sebelum perlawanan itu, hanya satu mata memisahkan kededua pasukan teratas liga dengan Albirex mendahului tangga (29 mata) disusuli Tampines (28 mata). 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >