PASUKAN import dari Jepun, Albirex Niigata, meletakkan sasaran merebut kejuaraan Liga-S Great Eastern Yeo's apabila musim baru pertandingan itu bermula Jumaat ini.
Albirex, yang dijadualkan berdepan Brunei DPMM di Stadium Jurong East Sabtu ini, mendedahkan sasaran itu ketika memperkenalkan skuad 25 pemain terbaru mereka dalam satu majlis di Stadium Jalan Besar kelmarin malam.