SUKAN SEA
Alfian ingin tebus kekalahan lalu
Juara bertahan wakil tunggal negara di final hari ini
Jun 14, 2015 | 05:30 AM
MUHAMMAD Nur Alfian Juma'en, pesilat tunggal negara di final hari ini melangkah ke gelanggang berbekal dua matlamat utama.
Selain mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Myanmar dua tahun lalu, Alfian juga ingin menebus kekecewaannya di Kejohaan Pencak Silat Dunia Januari lalu.