Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Aloysa Atienza tangguh rancangan jadi pemain golf profesional

Pemenang pingat perak di Sukan SEA 2022 ingin jalani latihan Persatuan Golf Singapura untuk mantapkan prestasi
Feb 08, 2024 | 02:54 PM



Aloysa Atienza seharusnya tampil buat kali pertama sebagai pemain golf profesional pada 2024.

Namun, rancangannya untuk menjadi pemain profesional kini tertangguh selepas prestasi kurang memuaskan pada 2023.

Kerjaya golfnya mungkin terhambat sedikit, tetapi pemain berusia 25 tahun itu percaya bahawa struktur latihan Persatuan Golf Singapura (SGA) yang dirombak akan meletakkannya dalam kedudukan baik untuk mencapai sasaran pada akhir 2024.

Walaupun Atienza, pemenang pingat perak di Sukan SEA pada 2022, sebelum ini sering berlatih sendiri, beliau akan dapat melengkapi amalan itu dengan program latihan SGA pada 2024.

Bercakap kepada The Straits Times semasa majlis perasmian 46 anggota skuad SGA di Singapore Island Country Club pada 7 Februari, beliau berkata:


“Saya ingin menangguh (menjadi pemain profesional) selama setahun dan mengikuti struktur latihan yang dilaksanakan SGA.

“Mereka merombak seluruh struktur latihan, dan ini membuat saya berasa lebih yakin.

“Jurulatih nasional baru (Murray Smit) yang tiba pada April 2023 juga mempunyai gaya berbeza sedikit dalam menjalankan sesi latihan. Dan sejak setahun lalu, saya melihat permainan saya bertambah baik.”

Atienza adalah sebahagian daripada skuad nasional wanita SGA empat anggota yang diumumkan pada 7 Februari.

Ia termasuk Chen Xingtong, 15 tahun; Inez Ng dan Hailey Loh yang pada April lalu menjadi pemain golf warga Singapura pertama memenangi kejohanan persidangan Persatuan Atletik Kolej Nasional (NCAA).

Skuad nasional lelaki yang mempunyai tiga anggota pula terdiri daripada Ryan Ang, Hiroshi Tai dan Brayden Lee, yang dinaikkan daripada skuad pembangunan.

Mereka adalah sebahagian skuad nasional 2024, daripada pembangunan junior kepada skuad nasional, yang dipilih berdasarkan merit dan kriteria lain seperti prestasi, sikap dan ketabahan mental.

Program yang dipertingkat, termasuk latihan tambahan dan peluang bertanding di dalam atau luar negara, akan membantu membangunkan pemain, kata SGA.

Persatuan Sukan Nasional (NSA)  juga telah merombak strukturnya untuk pembangunan pemain golf.

Dalam struktur berbentuk piramid enam peringkat itu, peringkat pertama terdiri daripada skuad masa depan (maksimum 50 anggota), diikuti skuad pembangunan junior (16), skuad pembangunan (10), skuad junior nasional (lapan), skuad nasional (lapan) dan program profesional SGA.

Bakat muda akan dikenal pasti untuk skuad masa depan, dengan pemain kemudiannya mara melalui peringkat berbeza, seiring dengan hasrat SGA memupuk pemain golf bagi program profesionalnya, dan membantu mereka menjadi profesional kelak.

Pemilihan untuk semua skuad akan dibuat sepanjang tahun dan pemain perlu bersaing dalam beberapa kejohanan untuk meraih mata.

Tanpa temasya utama pada 2024, pemain golf Singapura kini menantikan kejohanan Piala Putra pada Julai di Seletar Country Club.

Jurulatih nasional SGA, Smit, percaya piala itu akan menjadi ujian baik bagi pasukan tersebut.

“Ini mungkin bukan tahun yang ada banyak acara besar-besaran. Jadi, Piala Putra menjadi pengukur baik untuk melihat sebaik mana kami menentang pesaing dari Asia Tenggara,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >