Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kejohanan Terbuka Wanita Hana Financial Group S’pura kembali pada 2024

Dec 21, 2023 | 01:21 PM



Peminat Singapura boleh menyaksikan aksi golf wanita terkemuka untuk beberapa minggu berturut-turut pada awal 2024.

Ini selepas penganjur mengumumkan bahawa kejohanan Terbuka Wanita Hana Financial Group Singapura akan diadakan dari 7 hingga 10 Mac.

Menurut laporan The Straits Times (ST), Kejohanan Dunia Wanita HSBC yang bernilai AS$1.8 juta ($2.4 juta), yang akan menampilkan ramai pemain terbaik daripada Jelajah LPGA, pula akan diadakan pada minggu sebelumnya di Kelab Golf Sentosa.


Pada masa yang sama, kejohanan Terbuka Wanita Singapura pula akan berlangsung di Tanah Merah Country Club.

Kejohanan bernilai 1 bilion won ($1 juta) itu diiktiraf oleh Persatuan Golf Singapura (SGA) dan Persatuan Golf Profesional Wanita Korea (KLPGA) dan merupakan sebahagian daripada Siri Jelajah Asia Wanita.

Ia juga berfungsi sebagai pembuka musim Jelajah KLPGA.

Edisi 2022 pertandingan itu dimenangi oleh Park Ji-young dari Korea Selatan yang ditabal juara selepas pusingan ketiga dan terakhir dibatalkan akibat cuaca buruk.

Beberapa pemain ternama yang bertanding termasuk pemain nombor tiga dunia, Atthaya Thitikul dari Thailand; dan bekas pemain nombor satu dunia, Shin Ji-yai, manakala Koh Sock Hwee dan Shannon Tan merupakan wakil Singapura.

Koh menduduki tempat ke-28 dan Shannon menduduki tempat ke-53 dalam pertandingan tersebut.

Bagi edisi 2024 pula, ia akan menampilkan sekurang-kurangnya 102 pemain dari negara seperti Australia, New Zealand, Thailand dan Korea Selatan serta beberapa pemain profesional dan amatur terkemuka Singapura.

Senarai penuh akan diumumkan kemudian.

Aloysa Atienza dari Singapura, 25 tahun, pemenang pingat perak di Sukan SEA Hanoi pada 2022, berkata:

“Saya pasti teruja. Ia sentiasa menggembirakan untuk mendapat peluang bermain di pertandingan Terbuka kebangsaan anda.

“Tidak selalu kami dapat bermain acara profesional di Singapura dan... ia adalah peluang baik untuk kami menguji keupayaan kami apabila bersaing dengan pemain-pemain terbaik rantau ini.”

Presiden SGA, Tan Chong Huat, juga gembira dengan peningkatan jumlah hari kejohanan diadakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >