SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Amad Diallo sokong Carrick jadi pengurus tetap Man Utd

Amad Diallo sokong Carrick jadi pengurus tetap Man Utd

Apr 8, 2026 | 3:47 PM

Amad Diallo sokong Carrick jadi pengurus tetap Man Utd

Manchester United, Amad Diallo, Michael Carrick, paling layak  mengendalikan kelab, Liga Perdana England
Pemain sayap Manchester United, Amad Diallo (depan), berpendapat Michael Carrick (kanan) adalah yang paling layak mengendalikan kelab Liga Perdana England itu secara tetap. - Foto REUTERS

MANCHESTER: Pengurus sementara Manchester United, Michael Carrick, adalah orang yang paling layak untuk mengendalikan kelab Liga Perdana England (EPL) itu secara tetap, kata pemain sayap, Amad Diallo.

Sejak mengambil alih tugas menyusuli pemecatan Ruben Amorim pada Januari, Carrick telah memimpin kelab itu meraih tujuh kemenangan dalam 10 perlawanan, dengan hanya satu kekalahan.

Di bawah bimbingan bekas pemain tengah United dan England itu, kelab Old Trafford itu kelihatan lebih bersedia untuk kembali ke Liga Juara-Juara musim depan dan kini berada di tangga ketiga EPL dengan baki tujuh perlawanan dalam kempen mereka.

“Dari sudut pandangan peribadi, beliau adalah orang yang paling layak. Beliau mempunyai banyak pengalaman, mengenali kelab dan mempunyai DNAnya.

“Hubungannya dengan setiap pemain sangat baik,” kata Amad, pemain antarabangsa Ivory Coast, kepada pemberita pada 7 April.

“Kadangkala pengurus seperti ini boleh membawa kelab ke tempat sepatutnya. Bukan pemain yang membuat keputusan, tetapi sejujurnya saya berpendapat, kami sangat gembira mempunyai Michael Carrick sebagai pengurus,” tambahnya.

Penyerang, Bryan Mbeumo, yang ditandatangani daripada Brentford pada 2025, turut menyokong pandangan tersebut, dengan menyatakan bahawa pemain United mempunyai “pengalaman bekerja yang baik” dengan Carrick.

“Beliau tahu bagaimana untuk bercakap dengan kami dan kami akan cuba mengambil sebanyak mungkin daripadanya. Hebat untuk bekerja di bawahnya,” tambah beliau.

Media sebelum ini melaporkan bahawa bekas pemain United, Wayne Rooney, juga menegaskan Carrick layak mendapat kontrak tetap untuk menguruskan United.

Sejak beliau dilantik sebagai ketua jurulatih sementara untuk baki musim ini pada Januari, Carrick telah membimbing pasukannya meraih tujuh kemenangan dalam sembilan perlawanan.

Menyusuli kemenangan 3-1 United ke atas Aston Villa dalam perlawanan ke-30 Liga Perdana pada 15 Mac, Rooney, menegaskan:

“Manchester United sepatutnya 100 peratus memberikan Carrick jawatan ketua jurulatih tetap pada musim panas ini.”

“Pasukan ini memerlukan seseorang yang tenang, memahami kelab. Pemain perlu sedikit kasih sayang dan Carrick dapat memberikannya,” tambahnya.

United seterusnya akan menentang Leeds United dalam perlawanan liga pada 13 April. – Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg