Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Anak berlatih, ibu bapa sama berpeluh

ActiveSG sedia program bola sepak ibu bapa seiring dengan program bola sepak Kids Warriors
Apr 27, 2014 | 07:13 AM



SETIAP hujung minggu, Encik Kamal Affendy, 43 tahun, menghantar anaknya ke Stadium Choa Chu Kang untuk menyertai latihan bola sepak selama dua jam.


Walau biasanya beliau dan isterinya, Cik Marsiah Mohamed, 38 tahun, akan duduk bersembang menanti sesi latihan tamat, cara beliau 'menanti' berubah sejak akhir tahun lalu.


Kini, pasangan itu akan tiba di stadium lengkap dengan pakaian sukan dan menyertai permainan bola sepak futsal sejam bersama ibu bapa lain.


Malah sejak menyertai program futsal 'ibu bapa' itu September lalu, Encik Kamal, seorang pengurus penjualan, jarang terlepas sesi futsal kasual bersama-sama teman baru itu.


''Saya memang minat bola sepak, tetapi sukar hendak mencari masa sesuai untuk rakan- rakan berkumpul dari minggu ke minggu.


''Namun, sesi bola sepak bersama kaum bapa dan ibu ini lebih konsisten dan kekal diadakan setiap hujung minggu,'' kata Encik Kamal bercakap kepada Berita Harian.


Bersetuju, seorang lagi peserta, Cik Hartini Tohar, berkata beliau dan suaminya, Encik Ramlan Samad, senang hati bermain futsal sementara menanti anak-anak mereka selesai latihan.


Paling menarik sekali, Cik Hartini dan Encik Ramlan, terus menyertai kumpulan lebih 20 ibu bapa itu walau anaknya, Muhd Raimi Ramlan, tidak lagi mengikuti latihan mingguan itu setelah dipilih menyertai pasukan Pusat Kecemerlangan (COE) Warriors FC.


''Rasa rugi kalau tak ikut serta lagi,'' kata Cik Hartini lalu tersenyum.


Program bola sepak 'ibu bapa' ini ialah program sampingan yang berlangsung seiring dengan program bola sepak Kids Warriors Programme (KWP) yang dimulakan ActiveSG dengan kerjasama kelab Liga-S Great Eastern-Yeo's, Warriors FC, lewat tahun lalu.


Antara lain, kanak-kanak yang terlibat berpeluang mengikuti latihan berstruktur dan mendapat bimbingan daripada staf dan pemain Warriors FC.


Program KWP berlangsung setiap pagi Ahad selama 24 sesi, dengan sesi masa ini bermula 2 Mac lalu.


Menurut pembantu pengarah (programming) ActiveSG, Encik Simon Tan, program itu menarik kerana ia menggalakkan ibu bapa turut serta 'berpeluh' dan berseronok seiring dengan anak-anak mereka.


''Mereka kini tidak perlu duduk menanti sahaja, tapi ikut serta bersukan dan mempelajari kemahiran baru,'' kata Encik Tan yang berkongsi bahawa matlamat pihaknya ialah melibatkan kesemua 10 kelab Liga-S yang berpangkalan di Singapura.


Buat masa ini tiada bayaran dikenakan untuk menyertai program walau ActiveSG bercadang mengenakan bayaran minimal di masa depan sebagai tanda komitmen peserta.


Tambah Encik Tan, program bola sepak kanak-kanak dan ibu bapa ini bakal dilanjutkan ke tiga lagi kawasan menerusi tiga kelab Liga-S lain iaitu Albirex Niigata, Home United dan Balestier Khalsa pada separuh kedua tahun ini.


ActiveSG juga merancang menambahkan jenis sukan yang dipermainkan. Mulai bulan depan, renang akan diperkenalkan dengan beberapa sukan dalam rancangan.


Menurut Encik Kamal, inisiatif kemasyarakatan seperti ini hebat kerana ia menggalakkan bukan sahaja gaya hidup sihat malah menyediakan peluang kepada ibu bapa dan anak-anak mempereratkan tali persaudaraan antara satu sama lain dan juga jiran tetangga.


''Jika mempunyai masa, saya rasa saya akan mencuba sukan-sukan lain dalam program ini pada masa depan,'' kata Encik Kamal.


ActiveSG dilancarkan secara rasmi oleh Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Lawrence Wong semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >