Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ancelotti jangka prestasi terbaik Real Madrid dalam perlawanan akhir

May 15, 2024 | 04:05 PM



MADRID: Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, sudah memikirkan tentang perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Borussia Dortmund pada 1 Jun.


Beliau mengatakan bahawa kemenangan 5-0 ke atas Deportivo Alaves semasa perlawanan La Liga pada 14 Mei adalah sebagai persediaan bagi perlawanan akhir di Wembley nanti.

Menurut Ancelotti, Real, yang sudah merangkul kejuaraan La Liga yang ke-36 dan mara ke final Liga Juara-Juara selepas menewaskan Bayern Munich, berada dalam prestasi terbaik dan mahu memanfaatkan baki perlawanan mereka sepenuhnya.

“Perlawanan ini penting untuk mengekalkan rentak, dinamik, motivasi dan permainan yang baik. Hanya berbaki dua minggu lagi.

“Kini, kami akan berehat untuk beberapa hari dan kami akan melakukan beberapa latihan fizikal minggu hadapan. Dalam minggu kedua, kami akan melakukan latihan taktikal,” kata pengurus itu pada sidang akhbar.

“Bagi saya sebagai pengurus, ini adalah musim terbaik. Pasukan ini sangat hebat, kami wajar memenangi La Liga. Kami sangat gembira, tetapi kami perlu meneruskan perjuangan ini kerana kami belum bermain perlawanan paling penting.”

Real yang belum pernah tewas dalam semua perlawanan sejak Januari, mempunyai 93 mata daripada 36 perlawanan dalam liga utama Sepanyol, sesuatu yang Ancelotti percaya disebabkan bakat muda pasukan itu.

“Pasukan ini sangat berbakat dan penuh dengan pemain-pemain muda berkualiti. Ia mempunyai peluang untuk mencipta satu era baru pada masa depan, melihat kepada kualiti pemain muda yang kita ada.”

Pengurus itu juga berkongsi mengenai masa depan pemain tengah Jerman, Toni Kroos, yang kembali ke pasukan negaranya selepas tiga tahun berehat dan kontrak beliau dengan Real akan tamat pada akhir musim ini.

“Pada masa ini, saya, kelab mahupun Toni tidak bimbang tentang keputusannya. Sebelum 1 Jun, ini bukan keutamaan kami. Kini, kami hanya memikirkan untuk memenangi Liga Juara-Juara.”

“Balon d’Or untuk Kroos? Ya, apa sahaja boleh berlaku. Jika dia memenangi Liga Juara-Juara dan Euro. Saya percaya dia boleh melakukan kedua-duanya. Jerman boleh menang bersama Kroos,” tambahnya. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >