Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Apa dah jadi West Ham? Juara Europa kini porak-peranda

Feb 19, 2024 | 05:30 AM



LONDON: Suasana yang menyaksikan para peminat West Ham meninggalkan Stadium London sebelum separuh masa pertama tamat adalah petanda rasa tidak puas hati mereka terhadap pasukan kesayangan mereka.


Ia berlaku setelah pasukan itu ketinggalan 0-4 meskipun bermain di padang sendiri.

Mereka yang terus kekal di stadium sehingga tamat perlawanan yang “menyakitkan hati” itu langsung tidak melihat sebarang reaksi positif daripada skuad kendalian David Moyes yang teruk diasak Arsenal sehingga dibenam 0-6 dalam perlawanan itu.

Arsenal menjaringkan dua gol lagi dalam separuh masa kedua – kemenangan terbesar pasukan itu dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) di stadium lawan.

Ia juga kekalahan paling teruk yang dialami West Ham di padang sendiri sejak 1963.

Keputusan itu terus meningkatkan tekanan ke atas Moyes dengan masa depannya belum terjamin sedang kontraknya bakal berakhir dalam tempoh lima bulan lagi.

Pemandangan selepas wisel penamat ditiup di London itu jauh berbeza berbanding semasa di Prague pada Jun 2023.

Ketika itu, West Ham menewaskan Fiorentina untuk menjulang kejuaraan Europa Conference – piala utama pertama mereka dalam 43 tahun.

“Dengan menjadi penyokong bola sepak dan terutamanya kepada kelab ini – saya berjaya bantu West Ham mengelak daripada tersingkir keluar daripada EPL sebanyak dua kali.

“Maka kadangkala sudah pasti akan ada masa kurang elok,” kata Moyes.

“Padahal hanya beberapa bulan lalu kami melalui detik manis yang belum pernah dialami West Ham. Saya akan ambil sedikit masa untuk menentukan cara mengatasi masalah ini.

“Saya faham benar mengapa peminat meninggalkan stadium tapi sebenarnya detik sebegini pasti dilalui. Dan sudah pasti kita tidak boleh tinggalkan kenangan detik manis.”

Kali pertama Moyes dilantik menjadi pengurus West Ham adalah pada November 2017.

Beliau kemudian meninggalkan pasukan itu pada akhir musim tersebut apabila kontraknya tidak diperbaharui.

Moyes kembali menguruskan pasukan itu buat kali kedua pada Disember 2019.

Beliau kemudian memimpin West Ham untuk menduduki tujuh tempat teratas sebanyak dua kali dalam EPL dan kemenangan Europa Conference pada 2023.

Mereka turut menundukkan Arsenal 2-0 di Stadium Emirates pada Disember bagi mengakhiri 2023 di tempat keenam dalam EPL.

Namun pasukan itu gagal menang dalam tujuh perlawanan selepas itu dalam semua pertandingan, termasuk perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA apabila tewas kepada pasukan dalam liga Championship, Bristol City.

“Saya memang tidak biasa melihat pasukan bimbingan saya melepaskan gol seperti yang dialami kini,” kata Moyes kepada salah satu stesen radio.

“Kami tiada alasan untuk nyatakan mengapa ini boleh berlaku. Entah mengapa kami seolah-olah tidak mampu mempertahankan benteng pertahanan.”

Bekas penyerang West Ham, Tony Cottee, menyalahkan lembaga kelab itu kerana tiada kepastian dalam meneruskan kontrak Moyes.

Di samping itu, ia juga tidak melakukan sebarang perpindahan pemain, melainkan ketibaan Kalvin Phillips yang dipinjamkan dari Manchester City.

“Jelas tidak teratur. Kelab tidak akan berubah dengan lembaga yang ada sekarang,” kata Cottee menerusi platform X.

“Tiada pelaburan berlangsung semasa tempoh perpindahan dan pengurus dengan kontrak yang tinggal lima bulan sahaja.

“Para pemain, taktik dan keputusan buruk. Ke mana arah pasukan ini? Saya pun tidak pasti,” tambah Cottee. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >