Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ten Hag: Kecederaan Martinez mungkin ‘parah’

Feb 05, 2024 | 03:30 PM



MANCHESTER: Kecederaan yang dialami pemain pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez, susulan kemenangan 3-0 ke atas West Ham pada 4 Februari menimbulkan kebimbangan pasukan.


Ini setelah kecederaan Martinez disifatkan sebagai “malapetaka peribadi” bagi pemain tersebut.

Demikian dinyatakan jurulatih United, Erik ten Hag, selepas tamat perlawanan.

Martinez dilihat sukar berjalan pada separuh masa kedua selepas beliau cuba mempertahankan bola daripada dirampas pemain West Ham, Vladimir Coufal.

“Ia kelihatan seperti tidak begitu baik. Ini suatu kebimbangan (buat kami).

“Kami perlu menunggu beberapa hari untuk diagnosis. Beliau sangat sedih, sangat kecewa. Kami semua berkongsi apa yang beliau rasakan bersama-sama.

“Pertama sekali, ia adalah malapetaka peribadi sekiranya kecederaan itu benar-benar teruk tetapi juga untuk pasukan, ia juga teruk kerana beliau semestinya pemain yang mengukuhkan pasukan,” jelas ten Hag.

Sebelum ini, Martinez terlepas 22 perlawanan secara keseluruhan kerana kecederaan kakinya sebelum kembali bermain menentang Tottenham pada 14 Januari.

Sejak beliau kembali bermain di benteng pertahanan United, anak buah ten Hag belum pernah kalah dengan tiga kemenangan dan satu seri dalam empat perlawanan.

Sekiranya berita buruk menimpa Martinez, ten Hag masih mempunyai pilihan pertahanan yang boleh diturunkan dengan Raphael Varane, Harry Maguire, Jonny Evans dan Victor Lindelof semuanya cergas.

Jurulatih West Ham, David Moyes, menjelaskan Martinez merupakan antara pemain yang “membuat perbezaan ketara” untuk United.

“Beliau merupakan pemain yang membawa ketenangan semasa United melakar gerakan.

“Saya bukanlah pakar tentang Manchester United, tetapi saya rasa itu membuat pasukan tersebut lebih selesa (apabila melakukan gerakan dengan bola),” ujar Moyes.

Bahkan, Moyes menyerlahkan detik dalam perlawanan di mana sayap kiri West Ham, Emerson Palmieri, merampas bola daripada Maguire.

Martinez, kata beliau, dapat mengawal keadaan dan ini memaksa Emerson untuk membuat rembatan dari sudut luar.

Manchester United bakal bertandang ke Villa Park untuk menentang Aston Villa pada 12 Februari dan kemudian menentang Luton Town pada 19 Februari.

Pasukan kendalian ten Hag kini menduduki tangga keenam dengan 38 mata, di belakang Tottenham. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >