Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Apa itu sukan kapal layar?

Sep 17, 2023 | 05:30 AM



Sukan kapal layar ialah sukan air yang menggunakan bot, layar, angin dan air untuk menambah, mengekalkan atau mengurangkan kelajuan.

Dengan menukar tali-temali (rigging), kemudi dan papan pusat belati (daggerboard) atau papan tengah, pelayar menguruskan kuasa angin pada layar bagi menukar arah dan kelajuan.

Sukan ini bergantung kepada kemahiran atlet dan keadaan cuaca.

Terdapat dua fasa dalam setiap pertandingan kapal layar – perlumbaan kelayakan atau saringan dan perlumbaan pingat.

Fasa pertama menampilkan sama ada 10 atau 12 saringan atau perlumbaan kelayakan yang diadakan selama empat atau lima hari.

Mata diberikan berdasarkan kedudukan pelayar atau pasukan dalam setiap perlumbaan. Pemenang tempat pertama perlumbaan mendapat satu mata, pelayar di tempat kedua meraih dua mata dan seterusnya. Oleh itu, angka yang lebih rendah adalah lebih baik.

Selepas semua perlumbaan kelayakan untuk acara tertentu tamat, jumlah markah bersih dikira dengan menjumlahkan mata yang dimenangi daripada saringan, kecuali satu pusingan yang paling teruk. 

10 pelayar terbaik (mengikut jumlah bersih terendah) pada penghujung fasa kelayakan berjaya ke perlumbaan pingat.

Mata yang diperoleh dalam perlumbaan pingat digandakan dan ditambah kepada jumlah bersih keseluruhan.

Markah dalam perlumbaan pingat tidak boleh digugurkan daripada jumlah bersih walaupun ia adalah kedudukan yang paling teruk bagi seorang pelayar dalam semua perlumbaannya.

Pada akhir perlumbaan pingat, pelayar dengan jumlah bersih keseluruhan terendah memenangi emas, kedua terendah mendapat perak dan gangsa ketiga terendah.

Kapal layar telah diperkenalkan dalam Sukan Asia pada 1970 dan telah ditampilkan dalam setiap edisi sejak itu kecuali pada 1974.

Sebanyak 14 acara bakal dipertandingkan dalam temasya sukan Hangzhou 2023, yang termasuk Kite Foil, 49er dan Nacra 17.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >