Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN ASIA

Pelayar S’pura tetap matlamat perbaiki kutipan pingat Sukan Asia di Hangzhou

Sep 04, 2023 | 05:54 PM



Lima tahun setelah memenangi pingat emas dan gangsa di Sukan Asia 2018, pelayar Singapura akan menetapkan matlamat untuk mencatat prestasi lebih baik di Asiad di Hangzhou dari 23 September hingga 8 Oktober, kata Ketua Kejurulatihan dan Prestasi Tinggi Singapore Sailing, Chung Pei Ming.

Dalam edisi Jakarta 2018, Kimberly Lim dan Cecilia Low merangkul pingat emas dalam kelas 49erFX, sementara Ryan Lo meraih gangsa dalam kelas Laser.

Dengan penyandang juara dunia Formula Kite Maximilian Maeder membuat penampilan sulung Asiad beliau dalam sukan itu di China, terdapat sebab untuk bersifat optimis bahawa pasukan itu boleh memperbaiki pencapaian mereka berbanding sebelum ini.

Berucap dalam acara di Pusat Kapal Layar Nasional pada Ahad lalu untuk mendedahkan senarai nama 13 pelayar yang akan mewakili Singapura di Sukan Asia akan datang, Chung tahu bahawa akan terdapat jangkaan ke atas Maximilian untuk melakukan yang baik, tetapi yakin bahawa pelayar berusia 16 tahun itu akan dapat mencapainya.

“Format mereka berbeza daripada perlumbaan perahu layar tradisional (dengan pemenang diputuskan oleh yang pertama memperoleh tiga kemenangan dalam siri pingat pada hari terakhir jika dibandingkan kepada skor kumulatif),” kata Chung.

Beliau menambah bahawa terdapat risiko lebih tinggi yang terlibat, tetapi Maximilian telah menunjukkan bahawa beliau boleh mengatasi tekanan sebegini dan telah berjaya mencapai apa yang diingini.

“Saya mempunyai keyakinan bahawa beliau boleh mencapai prestasi kemenangan itu di Sukan Asia.”

Maximilian percaya bahawa penampilannya di Kejohanan Kapal Layar Dunia pada Ogos di The Hague mempersiapkannya dengan baik untuk Asiad.

Remaja itu berkata beliau bersedia dan yakin.

“Terdapat tahap penghargaan tertentu yang disertai dengan keseluruhan proses Kejohanan Kapal Layar Dunia dan melalui acara berprofil tinggi seperti itu merupakan pengalaman baik untuk Sukan Asia akan datang,” kata Maximilian.

Menurut Chung, antara pelayar harapan lain untuk merangkul pingat ialah Lim dan Low, Lo serta pasangan bagi acara Nacra 17, Justin Liu dan Denise Lim.

Beliau akur bahawa pertukaran peralatan dalam kelas 49erFX boleh menjadikan ia lebih sukar untuk Lim dan Low mengekalkan gelaran mereka, sambil berkata:

“Peralatan telah ditukar untuk menyebelahi pasukan lebih berat – inilah yang kita telah lihat dalam beberapa tahun lalu dan mereka bukanlah yang terberat dalam kalangan pasukan Asia... Bagi mereka, ia adalah amat baik jika mereka dapat mempertahankannya, jikalau tidak, pingat juga sama baik.”

Lo berharap dapat memenangi pingat emas di Sukan Asia kali ini dan mendapatkan satu-satunya tempat kuota Paris 2024.

Terdapat 17 tempat untuk direbut pada pertemuan dunia itu, dengan Eduardo Marques dari Portugal, yang menduduki tempat ke-24, meraih yang terakhir.

Lo merupakan pelayar Asia terbaik pada tangga ke-26, dengan rakan seangkatan terdekatnya dari rantau ini – Vishnu Saravanan dari India – menduduki tangga ke-37. Khairulnizam Afendy, dari Malaysia, pemenang pingat perak pada dua Asiad lalu, menduduki tangga ke-48.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >