Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aplikasi baru perkaya pengalaman peserta Maraton Standard Chartered S’pura

Sep 23, 2023 | 5:30 AM
APLIKASI BARU: Antara ciri yang ditawar aplikasi SCSM+ termasuk perkembangan terkini tentang pertandingan maraton yang berlangsung.
APLIKASI BARU: Antara ciri yang ditawar aplikasi SCSM+ termasuk perkembangan terkini tentang pertandingan maraton yang berlangsung. - Foto THE IRONMAN GROUP

Para peserta acara Maraton Standard Chartered Singapura (SCSM), tahun ini kini berpeluang memanfaatkan versi baru aplikasi digital, SCSM+, yang ditawarkan.

Selain menyediakan perkembangan terkini tentang pertandingan maraton yang berlangsung, panduan pengangkutan, pendaftaran bagi perlumbaan dan penjejakan peserta yang berlari, aplikasi SCSM+ itu turut menyokong peserta dalam persediaan mereka.

Ia termasuk larian secara maya, cabaran dan keupayaan untuk membuat pendaftaran bagi larian mingguan sebelum berlangsungnya SCSM 2023.

Penerapan larian maya dan sesi latihan juga bermakna para pelari dapat berlatih dan juga menyertai SCSM 2023 dari mana-mana lokasi di dunia, sekali gus membolehkan lebih ramai pelari turut serta.

Aplikasi SCSM+ boleh dimuat turun daripada Apple App Store dan Android Google Play, yang telah dilancarkan pada 19 September lalu dan dipacu oleh Tata Consultancy Services (TCS).

Acara maraton SCSM 2023 berlangsung antara 1 dengan 3 Disember dan para pelari akan berpeluang menikmati sebuah temasya bertaraf dunia, yang diiktiraf sebagai ‘Atletik Dunia Label Emas’ – satu-satunya perlumbaan mengecap taraf sedemikian di Asia Tenggara.

Mengulas tentang versi baru aplikasi SCSM+ ini, Pengurus Besar The Ironman Group, Encik Santoz Kumar, berkata:

“Keupayaan untuk membolehkan para pelari kami berhubungan dan kekal terhubung menjelang pertandingan maraton dan selepasnya adalah sangat baik kerana ia sejajar dengan tujuan kami untuk membentuk satu masyarakat peserta larian di Singapura dan di seluruh dunia.

“Komitmen TCS... membolehkan kami meningkatkan pengalaman bertanding bagi para peserta dan penonton.

“Kami akan terus menyokong usaha golongan peserta larian di Singapura dengan cara yang inovatif dan kami yakin kita dapat bersama-sama mewujudkan pengalaman yang tidak boleh dilupakan semua,” katanya.

Hampir 40,000 orang turut serta dalam SCSM 2022 di sini merentasi empat kategori larian – 5 kilometer (km), 10 km, 21.1 km dan maraton 42.195 km

Maklumat lanjut dan pendaftaran untuk menyertai SCSM 2003 boleh didapatkan di laman web SCSM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg