Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Arab Saudi mara ke pusingan kalah mati

Jan 22, 2024 | 05:49 PM



AL RAYYAN (Qatar): Arab Saudi mara ke peringkat kalah mati Piala Asia selepas menewaskan Kyrgyzstan 2-0 dalam perlawanan kumpulan Piala Asia.


Perlawanan pada 21 Januari di Stadium Ahmed bin Ali itu menyaksikan pasukan Arab Saudi mempunyai kelebihan, selepas dua pemain Kyrgyzstan dibuang padang kerana melakukan kekasaran melulu.

Ini membolehkan Arab Saudi mengumpul enam mata di tangga teratas Kumpulan F manakala Thailand ketinggalan dua mata di tempat kedua selepas seri 0-0 dengan Oman (satu mata) pada 21 Januari.

Kyrgyzstan berada di tangga terbawah selepas tewas dalam kedua-dua perlawanan mereka, lapor The Straits Times (ST).


Kyrgyzstan menghadapi masalah apabila pemainnya, Aizar Akmatov dan Kimi Merk, dibuang padang pada awal setiap babak setelah menerima kad merah.

Akibatnya, pasukan Kyrgyzstan terpaksa beraksi dengan sembilan pemain. Kekurangan pemain itu mewarnai perlawanan dengan Arab Saudi membuat 28 percubaan menjaringkan gol, dan menghadapi hanya satu percubaan pihak lawan.

“Dua kad merah itu patut diberi. Anda perlu bermain bola sepak dan bukan menendang (pihak lawan). Kami lebih suka bermain 11 lawan 11,” kata jurulatih Arab Saudi Roberto Mancini kepada wartawan.

“Kami terlepas banyak peluang untuk menjaringkan gol hari ini. Tetapi jika kami dapat menjaringkan dua gol setiap perlawanan. Saya gembira, saya gembira dengan pemain saya,” ujarnya.

Kyrgyzstan berdepan masalah pada permulaan permainan apabila pemain pertahanan tengah Akmatov menerima kad merah pada minit kesembilan kerana menendang tulang kering pemain tengah, Sami Al-Naji, di luar kotak penalti.

Pemain pertahanan Kyrgyzstan itu pada mulanya diberi amaran tetapi menerima kad merah selepas campur tangan video pembantu pengadil (VAR) dan setelah pengadil menonton kesalahan itu.

Arab Saudi mengambil masa untuk menguasai permainan tetapi akhirnya berjaya menjaringkan gol pada minit ke-35 selepas Mohamed Kanno melakukan hantaran lintang dari jauh.

Nasib Kyrgyzstan menjadi bertambah buruk apabila Merk dilayangkan kad merah pada minit ke-52 kerana mengasari pemain Hassan Al-Tambakti yang menyebabkan kecederaan pada buku lalinya.

Sekali lagi, kesalahan itu mendapat campur tangan VAR selepas pemain tengah itu sebelum itu hanya diberi amaran.

Dalam satu lagi perlawanan, jaguh Asia Tenggara, Thailand, berjaya menyekat Oman apabila seri tanpa jaringan pada perlawanan kedua Kumpulan F Piala Asia 2023 di Stadium Abdullah bin Khalifa, pada 21 Januari.

Jurulatih Thailand, Masatada Ishii, “sangat gembira” meraih satu mata selepas permainan 0-0 itu untuk menghampiri pusingan kalah mati Piala Asia.

Keputusan itu mencerahkan lagi peluang Thailand untuk melangkah ke pusingan 16 terbaik. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >