Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Gol lewat Arab Saudi tewaskan Oman

Jan 17, 2024 | 02:40 PM



DOHA: Arab Saudi bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Oman 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan F Piala Asia pada 16 Januari di Stadium Antarabangsa Khalifa yang penuh.


Gol kemenangan Ali Al-Bulayhi muncul pada minit keenam masa tambahan selepas campur tangan video pembantu pengadil (VAR).

Dengan kedudukan terikat 1-1, Al-Bulayhi menjaringkan tandukan jarak dekat menerusi tindakannya yang pantas dan meskipun bendera penjaga garisan serta-merta dinaikkan kerana offside, VAR menganugerahkan gol kepada pasukan Roberto Mancini.


“Gol itu adalah hadiah kepada warga Saudi. Inilah yang dilakukan pemain hebat,” kata Al-Bulayhi, yang meraikan gol kemenangan dramatik itu dengan gaya yang dikenalinya iaitu meniup belon hijau dekat bendera penjuru. 

Kemenangan itu meletakkan Arab Saudi terikat tiga mata bersama Thailand, yang menumpaskan Kyrgyzstan 2-0 dalam satu lagi aksi Kumpulan F awal sebelum itu apabila Supachai Chaided menyumbatkan kededua gol.

Gol pembukaan Oman pada minit ke-14 muncul semasa serangan balas selepas pasukan Saudi mengambil sepakan penjuru yang lemah, lantas lawan mereka menyerang dengan pantas.

Pemain pertahanan Hassan Al-Tambakti menjatuhkan pemain Oman, Muhsen Al-Ghassani sedang pemain itu memasuki petak penalti.

Penalti dianugerahkan selepas semakan VAR dan Salaah Al-Yahyaei tampil menyempurnakan tendangan dengan yakin ke arah tengah gawang untuk gol Oman itu.

Oman bersikap disiplin dalam pertahanan dan Arab Saudi mendapati sukar untuk menembusi benteng lawan mereka itu walaupun kadang kala mereka berjaya berbuat sedemikian.

Namun Saudi tetap mensia-siakan peluang dengan rembatan yang tidak menemui sasaran.

Mancini kelihatan kecewa di bangku simpanan tetapi perbualannya bersama pasukan semasa separuh masa membuahkan hasil ketika pemainnya tampil dengan semangat baru untuk memburu gol penyamaan.

“Separuh kedua lebih baik daripada yang pertama, kami mencipta lebih banyak peluang, kami mempunyai lebih banyak kawalan bola. Sekiranya anda lebih mengawal bola, anda mempunyai lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol,” kata Mancini kepada wartawan.

“Oman bertahan dengan sangat baik. Kami tidak dapat mencari penyelesaian pada mulanya tetapi kami mempunyai peluang dan kami menjaringkan gol juga akhirnya.”

Oman dihadkan daripada melakukan serangan balas dengan Al-Yahyaei mengetuai serangan dan mencipta peluang tetapi beliau tidak mendapat sokongan pada bahagian penyudah ketika mereka terlepas peluang keemasan untuk menjaringkan gol kedua.

Al-Yahyaei mempermainkan pertahanan Saudi pada separuh masa kedua tetapi pemain berusia 25 tahun itu dilihat keletihan pada minit ke-75, memberi isyarat kepada bangku simpanan untuk mengeluarkannya dan beliau meninggalkan padang dengan tepukan gemuruh oleh peminat Oman.

Tetapi Arab Saudi adalah pasukan yang lebih baik pada separuh masa kedua dan selepas terlepas beberapa peluang, Abdulrahman Ghareeb mengambil keputusan untuk menggelecek empat pemain pertahanan Oman sebelum secara tenang menjaringkan gol untuk membuat penyokong Saudi menyanyi semula.

Dan sebaik sahaja Al-Bulayhi melengkapkan kebangkitan mereka, dan wisel penamat ditiup, para pemain Saudi meraikannya manakala para pemain Oman hanya mampu terdiam. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >