Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Argentina tewaskan Indonesia 2-0 dalam perlawanan persahabatan

Jun 20, 2023 | 03:44 PM



JAKARTA: Juara Piala Dunia 2022, Argentina, menewaskan Indonesia 2-0 dalam perlawanan bola sepak persahabatan pada Isnin di Stadium Gelora Bung Karno.


Kemenangan itu lantas melabuhkan tirai siri perlawanan persahabatan mereka di Asia pada Khamis. Pasukan itu juga menang 2-0 ke atas Australia di Beijing.

Gol-gol hasil rembatan jarak jauh Leandro Paredes dan tandukan Cristian Romero menjamin kemenangan pasukan yang terletak di Amerika Selatan itu.

Argentina menguasai sebahagian besar perlawanan terhadap Indonesia di hadapan sekitar 56,000 penyokong.

Argentina mendapat peluang pada minit-minit awal perlawanan menerusi Nahuel Molina dan Nicolas Gonzales, tetapi diselamatkan penjaga gawang Indonesia.

Pasukan kendalian pengurus Lionael Scaloni itu akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-38, apabila Paredes mendapati ruang terbuka dan merembatkan bola dari 30 meter yang menemui belakang jaring.

Gol kedua dijaringkan 10 minit selepas separuh masa kedua apabila Romero menyempurnakan tandukan susulan tendangan sudut.

Sungguhpun peminat di Indonesia disajikan dengan permainan intensiti tinggi, kekecewaan jelas terpancar dalam kalangan mereka disebabkan ketiadaan tonggak utama Argentina, Lionel Messi.

Beliau, yang beraksi dalam perlawanan menentang Australia, telah menjaringkan gol terpantasnya dalam perlawanan antarabangsa, iaitu pada 79 saat, semasa perlawanan itu.

Namun tanpa Messi, Argentina tetap berbisa dalam perlawanan dengan Indonesia.

Indonesia cuba mengekang asakan Argentina dengan meletakkan bilangan pemain di benteng pertahanan.

Namun skuad kendalian Shin Tae-yong itu gagal mengorak gerakan serangan dan gagal membendung kemaraan Alejandro Garnacho, salah satu daripada enam pemain gantian.

Pemain kelab Liga Perdana England (EPL) Manchester United itu hampir menjaringkan gol ketiga dalam masa kecederaan tetapi penjaga gawang Indonesia berjaya menangkap percubaannya.

Selepas perlawanan, Scaloni berkata: “Saya cukup berpuas hati dengan prestasi pasukan saya, termasuk Garnacho. Saya harap pemain muda boleh terus berkembang maju.”

Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong, berkata perlawanan itu adalah satu pemangkin semangat menjelang Piala Asia tahun hadapan, manakala presiden negara itu, Encik Joko Widodo, berkata beliau bimbang pasukan itu akan dibaham teruk.

Tae-yong berkata: “Argentina berada di tangga pertama dan kami berada di tangga ke-149, tetapi kami hanya kalah dua gol. Ini adalah pengalaman besar buat kami.” – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >