Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Sepanyol juara Liga Negara-Negara

Jun 19, 2023 | 06:04 PM



ROTTERDAM: Sepanyol menundukkan Croatia 5-4 menerusi tendangan penalti untuk menang kejuaraan pertama mereka dalam sedekad dan menjulang trofi Liga Negara-Negara pada Ahad.


Dalam perlawanan final di Stadium Feyenoord itu, kededua pasukan terikat 0-0 selepas masa tambahan, lantas memaksa perlawanan ditentukan menerusi tendangan penalti.

Jelas penjaga gawang Sepanyol, Unai Simon, muncul wira.

Beliau menyelamatkan tendangan keempat pemain Croatia, Lovro Majer, lantas memberi peluang kepada pemain Sepanyol Aymeric Laporte peluang menjaringkan gol untuk kemenangan pasukan itu, namun bola rembatannya pula terkena palang.

Simon kemudian menyelamatkan pula tendangan Bruno Petkovic untuk memberi peluang kedua kepada Sepanyol untuk menang.

Dani Carvajal tidak mengecewakan apabila tendangan mudahnya berjaya disumbat ke gawang Croatia.

Padahal, sekitar 25,000 peminat Croatia berfikir bahawa malam itu akan membawa kemenangan buat pasukan mereka.

Ketua jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente, berkata kemenangan itu boleh membawa pasukannya untuk kembali ke landasan kejayaan.

“Para pemain ini sudah biasa menang,” kata De la Fuente kepada wartawan selepas kemenangan itu pada awal Isnin.

“Mereka telah memenangi banyak perlawanan dan ini boleh diteruskan, dan saya fikir persaingan sebegini sudah dapat dirasakan dan kami menantikan lebih banyak kemenangan.”

Trofi pertama Sepanyol sejak Euro 2012 itu menawarkan sambutan yang memberangsangkan buat De la Fuente sendiri , yang berada dalam kedudukan tertekan selepas pasukannya tewas 2-0 kepada Scotland – yang merupakan perlawanan keduanya dalam kelayakan Euro 2024 pada Mac.

Kekalahan mengejut itu menyusul persembahan hambar pasukannya itu semasa Piala Dunia di Qatar di bawah bimbingan jurulatih sebelum ini, Luis Enrique, di mana juara dunia 2010 itu ditewaskan Maghribi dalam pusingan 16 pasukan terakhir.

“Saya tahu generasi pemain kali ini dengan baik dan saya tahu mereka tidak akan kecewakan saya,” kata De la Fuente.

“Kami sememangnya relaks sepanjang minggu ini dan menikmati sesi latihan kami,” tambahnya.

Jurulatih itu berkata ini telah memberi kesan semasa keputusan seri tanpa gol di Stadium Feyenoord di Rotterdam, di mana kededua pasukan melepaskan banyak peluang untuk mencipta kemenangan.

“Saya beritahu mereka untuk kekal tenang, kerana mereka telah lakukan kerja yang baik.

“Kami sememangnya layak menang perlawanan dengan lebih awal, namun ini menjadikan perlawanan tersebut lebih mendebarkan,” katanya.

“Saya akan tetap gembira jika kami tidak menang pun dalam final itu, namun kemenangan ini menambah seri kepada persembahan kami dan pastinya membuat kami semua gembira.”

Salah seorang pemain Sepanyol, Rodri, yang juga pemain Manchester City, tidak menafikan bahawa jurulatih mereka itu akan mempunyai masa depan dengan pasukan negara tersebut. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >