Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Arsenal bangkit dari ketinggalan untuk benam Spurs

Mar 16, 2021 | 05:30 AM



ENGLAND: Arsenal datang dari belakang untuk layak mencatat kemenangan derby utara London 2-1 kelmarin dan memusnahkan harapan Tottenham untuk menempah tempat dalam empat pasukan teratas Liga Perdana.



Gunners menguasai sebahagian besar perlawanan tetapi ketinggalan apabila jaringan 'rabona' cantik dari Erik Lamela - yang menggantikan Son Heung-min akibat kecederaan - membolosi gawang penjaga gol Bernd Leno pada minit ke-33.



Arsenal menyamakan kedudukan tepat pada waktu rehat ketika percubaan Martin Odegaard memesong dari jangkauan penjaga gol Spurs Hugo Lloris.



Pasukan kendalian Mikel Arteta terus mendominasi Spurs yang hambar dan mendahalui permainan hasil tendangan penalti, ketika Davinson Sanchez mengasari Alexandre Lacazette pada minit ke-64.



Lacazette menyempurnakan penalti itu untuk meledakkan gol ke-12 beliau musim ini.



Hari Spurs menjadi teruk apabila Lamela dibuang padang untuk kad kuning keduanya, kerana mengasari muka Kieran Tierney menggunakan tangan dengan baki 14 minit.



Arsenal, yang beraksi tanpa kapten Pierre-Emerick Aubameyang kerana sebab disiplin, kekal di tangga ke-10 tetapi Spurs kini enam mata jauh dari penghuni tempat keempat Chelsea, meskipun ada kelebihan satu perlawanan.



Dalam pada itu, Manchester United memperketatkan cengkaman mereka untuk kembali dalam Liga Juara-Juara musim depan ketika gol sendiri Craig Dawson menghadiahkan anak buah Ole Gunnar Solskjaer kemenangan 1-0 ke atas West Ham kelmarin.



Kemenangan itu meletakkan United kembali di atas Leicester menduduki tangga kedua Liga Perdana dan merapatkan jurang dengan pendahulu liga Manchester City kepada 14 mata.



Walaupun mempunyai kelebihan satu perlawanan daripada musuh ketat mereka, Red Devils tidak mungkin mengejar pasukan Pep Guardiola tetapi kini selesa sembilan mata di depan penghuni tempat kelima Hammers yang bersaing untuk tempat Liga Juara-Juara. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >