Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Arsenal belasah PSV 4-0

Sep 21, 2023 | 02:07 PM



LONDON: Arsenal kembali ke Liga Juara-Juara dengan bergaya apabila mereka memulakan kempen musim ini dengan menundukkan PSV Eindhoven 4-0 di Stadium Emirates pada Rabu.


The Gunners mempamerkan persembahan cemerlang dalam separuh masa pertama dengan menjaringkan tiga gol.

Bukayo Saka membuka tirai jaringan selepas lapan minit, apabila beliau menendang masuk bola yang ditepis penjaga gawang PSV, Walter Benitez, selepas dirembat Martin Odegaard.

Saka juga terlibat apabila Arsenal menggandakan jaringan mereka 12 minit kemudian, dengan mengumpan bola kepada Leandro Trossard untuk jaringan kedua pasukan itu.

Jesus, yang sedang bermain dengan cemerlang, menambahkan derita PSV dengan menjaringan gol ketiga Arsenal tujuh minit sebelum separuh masa pertama.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, membuat banyak perubahan pada separuh masa kedua sebagai persiapan bagi pasukannya menjelang perlawanan derby Liga Perdana England (EPL) pada Ahad menentang Tottenham.

Namun, pasukannya terus menguasai permainan dan Odegaard menjadikan kedudukan 4-0 hasil rembatan kuat dari jarak jauh, sekitar 20 minit sebelum perlawanan tamat.

Arsenal menunggu untuk kembali ke Liga Juara-Juara sejak 2017, dan penyokong tuan rumah itu meraikan kepulangan mereka dengan sorakan gemuruh sebelum sepakan bermula.

Bonus tambahan untuk Arteta ialah persembahan Arsenal begitu baik hingga beliau dapat membuat perubahan awal bagi memastikan pemain utamanya segar bagi perlawanan menentang Spurs kelak.

Saka, Jesus, Trossard, Declan Rice, dan Oleksandr Zinchenko semuanya direhatkan selepas beraksi untuk menjimatkan tenaga mereka bagi salah sebuah perlawanan terbesar EPL itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >